Showing posts with label Food and Recipe. Show all posts
Showing posts with label Food and Recipe. Show all posts

Sambal tumis sedap

Hehe lama sungguh rasa tak tulis benda2 yang bermanfaat dalam ni. kesimpulannya late ni mmg aku ada malas sikit dah nak menulis kat blog. padahal sebenarnye banyak je boleh cerita.

Oklah mohlah aku nak citer perihal aku belajar masak sambal. Aku masak sambal ni kire lebih kurang dah 5 tahun la lamanya. Sama lama dengan tempoh kawin kitorang la..hehe tapi gamaknya dah 5 tahun ni tak penah sedap sambal aku ni. almaklumlah belajo masak sendiri hhehehhe

minggu lepas ada kawan kami transit sini sebelum diorang balik for good. kak faridah and family. jadi oleh kerana kak faridah punya sambal mmg best pada aku and ince' aren jadi aku sempatla berguru. aku tgk satu2 cemane agaknya kak faridah ni buat sambal sedap. Jadi meh aku tulis kat sini apa yang dia buat tu. aku tak citer step bahan2 membuat sambal tau. uolss sure tau punya.

[time kasih pakcik Google and tuan punye gambo hehe]
 Tips/cara2:

1. Cili kering mesti di rebus sampai lembut, buang biji basuh and blend sampai halus betul

2. Gunakan bawah merah campur dengan bawang brown sikit instead of bawang brown saja.

3. Tumbuk bawang bersama bawang putih. dah agak2 lumat baru tumbuk sikit ikan bilis. tumbuk kasar2 je. Tumbuk ye bukan blend. kak faridah kata masak shortcut rasanya kurang umphh..hehhee oleh kerana ini aku nak request lesung yang besar sikit kat ince' aren kikiki boleh? :p

4. Panaskan minyak. Minyak kena banyak. Kalau x takut lada x masak. Kalau letak minyak kurang and tambah masa tengah masak lada pon nanti sambalnya masak tak cantik warna dia. so kena bajet betol2.

5. tumis dulu bawang2 tumbuk tu sampai naik bau and masukkan cili kisar. masak dengan api sederhana sampai masakand pecah minyak. minyak tu nak kuar kaler merah cantik. kalau cium dalam kuali pon dah tak bau lada lagi sambal tu. lada dah masak baru masukkan asam jawa sikit and gula and garam kalau nak. kalau belah johor sambal biasa manis sikit(sikit je) kalau belah melaka biasa lebih masam berbanding manis.

6. masukkan air sikit dalam lesung bekas tumbuk tadi and masukkan dalam sambal kalau nak sambal cair sikit.

6. masukkan bawang hiris and ikan bilis lagi(kalau nak). balance rasa and biar bawang layu sikit and tadaaaaaa siap sudah sambal kite.hehhehe

gitu lah sikit sebanyak cara kak faridah buat sambal. banyak yang beza dengan cara aku masak. ekekke patutla ince' aren selalu komplen sambal aku rasa lada..hihihihihi


***semangat buat sambal sekarang :D

Chocolate cake

Gara2 menengok kartun Peppa Pig hari2. anak I jadi kemaruk kat birthday cake. Hari2 mintak chocolate cake. nak tido, bangun tido, nak mandi, lepad mandi, sebelum pi school cakap nanti g shopping beli cake. aduiii...fenin mak. siap nangis2 lagi..iskkk

last2 gagahkan diri jugak omaknye membuat kek semalam. dah la barang2 buat kek semuanya mmg dah simpan. ape je lah yang ada kat dapur tu pon. kalau ada pon loyang springform and loyang 4 segi je satu.huhuhu..

terpaksa la juga cari resepi2 yang xyah putar2. yang main kacau2 je..and colouring pen yang izza kasi sebelum balik dulu pon ada lagi. so dapat la aku lukis2 sikit. kikikiki jadila kannnn..so ok x? hehehhee



Sufia's birthday cake katenye. bape banyak kali nak birthday daaa dalam setahun. dari segi rasa tu bolehlah ditelan. hahahha sebabnye measuring cup pon dah simpan juga. so pakai apa2 je cawan yang ada. jadi kurang manis la pulak kek I jadi nya. halal la tu. daripada beli kat kedai dah bape pulak sebijik kek..huhuhu ni kire xde kuar modal la ni. pakai ape bahan yang ada kat dapur je.. :D

***sarapan kek cekelat..

Hujung minggu dirumah

Semalam kami berhujung minggu kat rumah je..actually mmg dah berminggu3 ni mmg kami duduk kat rumah saje..kewangan pon xbape mengizinkan nak kemana2...yelah kalau nak berjalan tgk2 view pon nak kena  kuar duit minyak juge kan..aku pon xde mood nak ke mana2..sebab masih busy dengan projek yang ni..

hari sabtu lepas aku rasa nak release tension, so ingat nak ronda2 garage sales. tapi xde la pulak.end up kitorang pergi Savers(kedai barang 2nd hand)...aku mmg xde aim ape pon..kain baju jauh sekali...cume dok membeli novels la ape lagi.and a few books pasal pregnancy(hahah macam la nak mengandung lagi wat masa terdekat ni ek) ;p hahaha abes tu cume 2dolar aku hangkut je lah..

pastu semalam mmg kami bermalas2an kat umah..bangun pukul 10am. bangun2 terus bukan peti ais, ada nasi lemak, kuah kari, pulut kuning etc. hehe malam ahad tu kami pegi makan2 birthday..ada 2 rumah..Alhamdulillah diorang tapaukan sorang sikit..lepas makan kenyang la pulak..malasnye rasa nak masak tghr..time tu dah pukul 11 kot..terus aku terpk, rumah aku ni dah lame xde program masak memasak..huu so teringinlah nak buat kek..tapi bukan kek macam kak naza la..aku xpandai buat icing2 sume..lagi pon so far aku tgk sufia macam xbape suke, mkn sikit je dah muak..so aku nak buat kek butter lah kot..

bile belek2 resepi tibe2 rasa best pulak tgk kek marble kat website RasaMalaysia tu..huhu teringat kalau kat msia mmg suke beli kek marble kalau kat kedai2 runcit tu kan..ermm rindu pulak nak makan..so aku terus decide nak buat tu je...hasil dari projek baking semalam oklah..ince aren pon kate sedap..aku rasa kek tu mmg fluffy..tak surelah agaknye sebab adanye yogurt kot..hehe pape pon kek itu mmg sedap..aku bakar guna loaf pan so dapat2 bijik..yummm..

sebelah petang pulak aku mintak ince' aren potongkan rambut...haishhh baru tau laki sendiri pandai potong rambut..tapi xlah macam kedai,,peralatan pon xde...huhu lepas ni mmg potong kat umah jela jawabnye..hehehe jimattt duit ;)

emmm resepi kek aku copy ke sini ye...


Marble Cake Recipe
[mintak mahap ye marble kurang menjadi,,tapi rasanya tetap enak..heee]

Ingredients:
350g unsalted butter, softened at room temperature
 cups sugar (kurangkan kepada 1 3/4 cups)
6 extra-large eggs
1 1/2 tsp vanilla extract
1/2 tsp salt
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
3 cups bleached all-purpose flour - aku belasah je guna apa yg ada1/2 cup plain yogurt, full fat preferred
1/2 cup whole milk
100g semi-sweet chocolate
1 Tbsp unsweetened cocoa powder (optional) -xletak
1 Tbsp Grand Marnier (optional) - xletak

Method:
1. Preheat oven to 325 F.- lebih kurang 163'C2. Put chocolate in a dry, clean bowl and melt in microwave oven in 30-second intervals, stirring till you get a 
smooth paste. Remove and let cool.
3. In a stand mixer, or a hand mixer, cream together butter and sugar till mixture is fluffy and sugar has been
 cut in well.
4. Add eggs, one at a time. Beat on med-high speed for about 20 seconds after each egg, and scrape down before 
adding the next one.
5. Add the vanilla and mix to combine.
6. Add dry ingredients in three portions, interspersing with the yogurt and milk and stir gently. 
So basically, this means 1/3 dry ingredients, yogurt, 1/3 dry ingredients, milk, final third dry ingredient. 
Stir till all traces of flour is gone.
7. Take out half of the vanilla cake batter and drop it into the baking pan. Add the melted chocolate and 
cocoa powder and Grand Marnier (if using) to the remaining batter and stir it.
9. Interspersing globs of vanilla batter with chocolate batter, drop batter into pan.
10. Using your spatula, twirl the batter together using a figure-eight motion to mix the batter up to get that 
nice pretty marble design. Don’t overmix.
11. Smooth out the top of your pan and put cake in oven to bake. If you’re using loaf pans, 
start to test the cake after about 40 minutes. If using your bundt, it will need about 1 hour 
(test after 55 minutes). Cake tester should come out clean when it’s done.


***hehe pagi ni dah tinggal separuh loaf

Bun pandan kismis

Lame sungguh rasa x meroti..dah berbulan bulan bulan bulan bulan kot..heheh banyak bulan tu..emm sejak 2 menjak ni tiba2 rasa nak makan roti buat sendiri..mula2 rasa nak makan bun kacang merah,,tapi malasss la pulak nak buat inti die..wpun rebus dengan pressure cooker kejap je dah empuk tapiiii nak kena tunggu sejuk dulu inti tu..so byk la process die kan..

last2 aku decide untuk buat bun kosong je..kalau cicah air kopi sedap juge kan..hmmm takut anak xnak makan pulak kalau kosong sangat..so cari lah resepi yang ada kismis..last2 aku jumpa resepi Mat Gebu ni je yang macam meyakinkan sket..mmg sedap and gebu...sesuai dengan namanye,,,lagi2 masa fresh from oven tu..terus I buat kopi ok..heh..dan2 abes 2 ketoi..:D malangnye rupa paras bun I ni xsecantik Mat buat tu..hehe oven I panas xsekata uolsss hehe...emmm n resepi ni Mat buat tak boh perisi pandan, tapi I boh sket..saje..wangi kot ;)

Bun Pandan Kismis



Bahan- bahan:
300 g tepung roti (high protein flour)
1 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh bread improver - aku ganti dengan water roux, xsuke sangat bau bread improver/softener
1/4 camca teh garam halus
50 g gula halus
8 g instant yeast
50 g mentega
50 g kismis
1 biji telur-pukul sikit*
1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau rata)
120 ml air
1/2 camca teh pandan paste*

Sedikit mentega untuk disapu atas roti-cairkan
Sedikit gula


Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan di atas (kecuali dua terakhir) ke dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan ON. Biar hingga siap.

2. Keluarkan doh dari bekas. Tumbuk2 keluarkan angin. Cubit sedikit doh(bahagi kepada 10/11 bahagian)- lebih kurang 64g setiap satu. Bulat2kan dan susun dalam muffin cup saiz besar or loyang yang dah disapu mentega.
*Tip: ikut pengalaman meroti aku yang xseberapa ni,masa membulat2 kan doh tu jangan nak over2 sangat, kepal2 sket je untuk buat bentuk bulat. kalau x nanti ira rota tu berselirat2 sangat and roti jadi kurang gebu.

3. Biarkan 30-35minit hingga doh naik. Panaskan oven. Bakar dalam oven 190'C selama 15-20minit atau hingga perang. keluarkan roti dari oven, sapu dengan mentega and tabur gula sikit. Biar sejuk dan hidangkan.


Sukela idea boh dalam muffin cup ni..anak pon senang nak makan kot..time kasih ye Mat Gebu :)


***perut kenyang mata ngantuk..

Chicken and Mushroom Pie

Bila dah nak menjelang Ramadhan je, mulalah tekak aku ni nak makan yang creamy2 punye food. Yang selalu mesti aku buat tiap2 tahun adalah pasta baked. Huhu masak buat sahur, mengarut ek pagi2 buta makan cheese? hik2..

Hari ni punye citer, dah la dah lama xbuat benda2 centu, pastu tgk dalam peti ais pulak, byk nye benda yang dah tinggal sket2 tapi xabes. kalau xbuat2 pape confirm buang. so, untuk pak ince' balik kije arini, aku buat chicken and mushroom pie. kebetulan mmg dah lame teringin nak buat. biasa makan orang lain buat je..so aku tepek kat sini la ye resepi nya. Resepi asal in English, and detail sket tapi aku dah senang2kan resepi ni. hehe biasala aku kan. nak masak yang senang je.. :D

Chicken and Mushroom Pie
Bahan-bahan
  • 2 sb minyak
  • 3 keping isi ayam (dadu)
  • 6biji cendawan butang fresh (dadu)
  • ------------------------------------------------
  • sebiji bawang besar(kecik sket)- dadu
  • sebiji bawang putih – dadu
  • ------------------------------------------------
  • 3 sb butter
  • 2 sb tepung gandum
  • 300ml fresh milk
  • 200ml air + seketul kiub ayam
  • less than ¼ st serbuk kayu manis(ground cinnamon)- resepi asal guna nutmeg
  • ½ st++ white pepper
  • garam
  • segenggam parsley(any fresh herbs you have in hand-aku guna coriander je)
  • pastry-ready made
  • telur sebiji-pukul

Cara-cara:
1)   Panaskan minyak dalam pan, goreng ayam sampai tukar wana jadi putih, masukkan cendawan and goreng sampai ayam tukar jadi brown color. Keluarkan dari pan, masuk mangkuk.
2)   Guna pan yang sama, masukkan bawang besar+ putih, and goreng sampai layu sket. Pindahkan masuk dalam mangkuk ayam.
3)   Campurkan susu, stok ayam, garam, pepper, ground cinnamon, herbs. Make sure dah cukup rasa, so pandai2 la balancekan rasa.
4)   Dalam periuk, cairkan mentega and masukkan tepung, kacau constantly sampai die jadi buih2. Pastu masukkan campuran pada step 3. Kacau + masak sampai pekat. Kalau rasa2 macam takde tanda2 nak pekat, korang masukkan je lagi ½ sb tepung(belasah je- xde sape marah pon ;p )
5)   Bila dah pekat masukkan ayam+mushroom tadi. Masak sampai betul2 pekat. Sejukkan.
6)   Panaskan oven 200degree.
7)  Bila dah sejuk, boleh lah masukkan kedalam pie dish and tutup dengan pastry. Kalau pie dish tu x de, kerat2 je pastry tu jadi 4 bhgn ke, pastu bubuh inti(macam buat karipap tu). Tekan2 tepi2 die guna garfu and sapu telur atas pastry.
8) Bakar 25minit-30minit or sampai brown.
gambar xde, baru keluar oven terus kena ngap, xsempat sejuk pon. ada la tinggal sket tu tapi malas la nak amek gambo.hehe

***dah kenyang. tido. good :'D

Laksa Johor

As a Johorean, mmg tak pelik kalau aku minat giler dengan laksa johor. tapi yang peliknye, aku umur dah banyak baru rase laksa johor ni..ekekkee...dulu ibuku mmg xpenah masak laksa(hihihi biasala kan mak2 masak ape yang die minat nak masak je lah) same gak cam aku sekarang..hehe..

recently mmg pantang kalau dengar kawan2 buat laksa johor, suke je aku ngan ngendeng..keh3..nak buat sendiri malas+xreti pulak tu..ermm tapi akhirnya aku dikurniakan kekuatan untuk masak juge laksa ni...hati ni rase meronta2 nak masak..maka siang tadi terhasillah laksa johor ni..maybe xsehebat yang org lain buat, tapi cukup hebat ditekak ince' aren ku..heee ok la tu kan..resepi asal oleh freeda_3210 kat myresepi, tq ek freeda..tapi dah ku olah mane yang patut supaye sonang next time tak yah nak byk2 sangat menyukat. resepi ni dah aku kurangkan kepada half, sebab resepi asal byk sangat kot.. yang nak makan kami 2+1 org je..yang kenit tu pon blom tentu nak makan..

hehe aku pon guna spageti, sebab dah biasa sangat guna spageti and andai kata balik msia nanti xtau lah aku akan carik laksa yang putih tu ke tidak ;p
 
Laksa Johor


Bahan-bahan:
  • 1/2 paket sphagetti (direbus)
  • --------------------------------------------------------------- 
  • **Bahan A - (direbus dan dimesin - asingkan)
  • 500g isi ikan(aku guna tuna cutlet je), biasa orang guna ikan kembung/kurau
  • udang basah buang kulit - 2 ekor
  • segenggam kecik udang kering
  • ---------------------------------------------------------------
  • **Bahan B (dimesin)
  • bawang besar - 1 1/2 biji
  • cili kering - 8 tangkai(ikut suka pedas yang mau)
  • halia - 1 inci
  • lengkuas -1 inci
  • kunyit hidup - 1 inci
  • bawang putih -3 ulas 
  • --------------------------------------------------------------- 
  • serai -1 batang diketuk
  • asam keping - 1 keping
  • santan pekat 1/2 tin++
  • 1/4 - 1/2 paket kerisik
  • 1 1/2 sb rempah kari
  • --------------------------------------------------------------- 
  • **Accecories**
  • limau kasturi/lemon
  • timun di racik halus(buang dulu isi yang lembik tu)
  • tauge
  • bawang besar hiris halus
  • lada merah/lada hijau dihiris
  • Daun kesum(hiris halus)
  • daun selasih (hiris halus) aku xbubuh pon
  • sedikit bunga kantan diracik halus(aku x bubuh pon)
  • sambal belacan(aku malas nak buat hehe)
 Cara-cara: 
  1. Panaskan minyak dan tumis serai sekejap kemudian tumis bahan B 
  2. Bila dah naik bau, masukkan serbuk kari(bancuh dengan air sket)
  3. Bila dah kering sedikit dan pecah minyak, masukkan Bahan A, kerisik dan semangkuk air.
  4. Perasakan dengan garam and gula-jgn byk2 sangat, nanti adjust lg.
  5. Masak dgn api perlahan sampai kuah pekat- lbey kurang sejam++, lagi lama masak lg bagus katanye- tahan lama.
  6. Bila dah pekat adjust lagi garam and gula.


*** sedap beb resepi ni..thumbs up!;)

Oreo Cheesecake

Semalam hari cuti. jadi aku teringin sungguh nak buat oreo cheesecake. tgk nurul dah berkali2 buat kek ni, confirmlah rase teringin kan..so, kami sebelum keluar pegi makan laksa johor rumah kawan, kami pon singgah la kedai beli barang2...

sekali balik rumah baru perasan almond meal xde. terpakse cancel nak follow resepi nurul tuh..huuu terpakse carik resepi lain lak. carik2 punye carik jumpe byk la juge version. kaji punye kaji aku pilih je mane2 satu yg rase paling kurang manis. and buat je lah..

so inilah hasilnye..



daripada sebiji kek ni, aku baru makan sepotong je..and xhabis pon..errrkkk manisssss...aku mmg xtahan manis..bukan masalah gigi ye..tapi memang xsanggup nak telan manis sangat tu... if you ask me, sweet or savory? I'll say SAVORRYYYYY pleaseeeeeeeee!! wuwuwuwuuwu...

harapkan laki ku jelah makan gamaknye..:D


***hatiku tetap pada baked marble cheesecake yg selalu ku buat tu..huhu

Ayam percik in da house

Jeleskah?O please don't be..hehe..

heee sila suruh laki2 atau abg2 anda menghidupkan dapur arang ye..hasilnye pasti terbaik dari ladang..huahuahua..

actually dah penah buat ayam percik kot..tapi macam dah lame xbuat..aku pon dah terlupe resepi lame letak kat mane..so, bile carik2 resepi kat MyResepi jumpalah resepi: Ayam Percik Pasar Malam..aku pon try lah..masalahnye resepi tulis dalam gram lak, letih la pulak nak timbang2 bagai kan..aku kalau masak main nak cepat je..lain kalau buat kuih..huuu..so aku modified la sket kuantiti bahan tu, lagi pon bukan nak masak byk sangat kan..time kasih byk ye kat tuan punye resepi..sori I derhaka sket..heee

Resepi Ayam Percik Pasar Malam-modified(2-4 orang)


Bahan-bahan
*Bawang besar(besar punye) sebiji
*Bawang putih 5-6ulas
*1 inci halia
*1 inci lengkuas
*2 batang serai(blend guna blender kering dulu supaya halus sket)
*Lada kering 10biji(kalau suke pedas letakla lebih)
5-6 sudu sos cili
1 kiub ayam
Santan
Gula 4-5 sudu
Garam

Ayam yang dah dibersihkan secukupnya. Kelar sket2.

Cara-cara:
1. Blend semua bahan bertanda *. Kemudian campur dengan bahan yang lain. Santan tu agak2 la letak ek, dalam 1/3 cawan ke..kalau xcukup baru tambah lg..
2. Masak sampai mendidih. Balance kan rase die. Biasa kuah ayam percik manis2 sket.
3.  Masukkan ayam dalam periuk dan masak sehingga separuh masak.
4. Kemudian barulah bakar. Boleh sapu2 kuah+minyak guna serai ketuk time bakar ayam tu.
5. Baki kuah tu biarkan masak sampai pekat sket, and boleh curah atas ayam bile time nak makan tu.

Hehhe..mmg sodap wooo..tak tipu punye..sebelum ni kami buat kami just marinate je ayam dengan kuah tu..jadi kuah xberape nak meresap. Pastu bile bakar pon xsure bhgn dalam dah masak ke belum, so kena bakar lame giler sampai ayam dah hitam belegam..heee..Tapi bila ayam dah separuh masak ni lagi best sebab kuah die dah lekat kat ayam. And tambah lagi kuah sapu masa bakar tu..terbaik dari ladang ok..huhu..kalau malas, bakar dalam oven pon ok kot..


Ince' aren kate, mmg berbaloi dengan keletihan idupkan api tu..hehe



***Hehe pasni xtau la biler nak buat lg ye.. :D

Pizza Mini

OK guys, whenever I talk about food I'll write in BM OK. I feel 'closer' if I write in BM..hehe Most of other time I'll write in English coz I seriously need to improve my silly English :D

Ini adalah kejadian malam ni..sebabnye barang nak masak sume dah xde..i mean barang kering. especially minyak masak langsung dah licin..hehe minggu ni mmg minggu kami beli barang kering kat Aldi so pandai2 la nak survive sementara nak tunggu Sabtu..

Oleh kerana ape pon xde..yang ada tepung and bahan basah je.. so aku terpaksa la masak benda2 berasaskan roti 'lagi'...kenape ku kate 'lagi'?sebab dalam minggu ni je ni 2nd time aku buat mende ni..hehe 1st time aritu mmg sebab teringin. yang kali ni sebab xde barang nak masak+nak memperabih frankfurt dalam peti..hehehe kat sini piza mane ada style ceni kan..yang halal sume style pak arab/lebanis sket kot..hadoiii

kalau anda2 dah biasa buat donut, anda2 pasti xkan rase buat piza ni susah..hehe sebab teknik nya same je..Tengok sini ye aku penah tulis pasal donut dulu..cuma untuk pizza mini daku suke gune tepung roti(high protein)..nanti base nye jadi lembuttt je macam roti..gebu gebas gitu..


Pizza Mini 
@Base:
200g tepung roti
100ml air suam ++
 3g(or separuh bungkus) dry yeast
3sb gula
2sb susu tepung
1 sb shortening/butter
1/4st garam

Cara- teknik sama macam buat donut. Kacau yeast dengan air suam. Kacau rata tepung, gula, susu, garam and buat kolam kat tengah. Tuangkan campuran yeast kedalam tepung and kacau rata dengan tangan, masukkan shortening and terus uli. kalau rase tak cukup air/tepung boleh tambah sikit2 je..uli sampai licin and tak lekat kat tangan. Rehatkan 45minit. 
*Oleh kerana kat sini cuaca sejuk, jadi aku terpaksa guna taktik kotoq nak kasi doh tu warm(and yeast aktif). Aku masukkan dalam mixing bowl kecik, wrap kemas2 and letakkan dalam air suam panas dalam mixing bowl besar- macam teknik double boiling tu..

@Topping:
Frankfurt/sosej hiris2
Mix vege
Sos cili
Mayonis
Grated cheese
Telur-pukul sket

Cara - Bila doh dah naik, kuarkan dari bowl, tumbuk2 sket and uli lagi sekali. Pastu boley bahagikan kepada beberapa balls. Biasanye aku buat akan dapat 6biji saiz yang sedang2 and boley masuk dalam tray sekali harung.hehe...lepas dah buat bulat2, canai kasi leper and lipat sket tepi dia masuk ke dalam, gune hujung jari je..Kasi rehat sekejap. Dah boley la panaskan oven 180degree celcius. Sapu sket pizza base tu dengan telur. Oleh kerana telur pon dah habis licin, jadi aku sapu dengan susu+madu sket.Belasah je lah kan..nak kasi kilat je..huhu Lepas tu boley la tabur dengan frankfurt+sayur+cheese sket+mayo and sos. 

Bakar dalam 15minit or hingga masak. Oven aku amek mase 35 minit baru masak(oven I zaman batu punye huu)..kalau rase cam dah masak/dah perang boley tutup api and biarkan sekejap dalam oven kasi die perang lagi sket...

yang kali ni punye buat, aku tak tunggu perang sangat pon..sebab dah laki aku dah sampai rumah xsabo nak makan..so belasah aje lah..asalkan dah masak udah la..heee


***dah malam2 ni makan satu je ok..nanti terlebey sihat pulak..:D

Sandwich

Five facts I learn tonight:

  1. Sandwich is a general name for anything made of bread(of any type of bread), with some filling inside and you can hold them, i.e. not necessarily using bread slice.
  2. Murtabak can be categorized into sandwich.
  3. Mindy from Masterchef Australia get through to the immunity test challenge after presenting her best shot in making murtabak tonight, which means she is so much better than me in making our own Malaysia food! (I have tried making roti canai only once, and I was not happy with the output)
  4. We can get a good a thin/crispy roti canai/muratabak in a very short preparation time. Most of the recipes I found require the dough to be rested  at least for 4 hours to be soft enough before  mencanai.
  5. Murtabak is pronounce as mur-te-bék when speaking in English..hehehehehhe

Mr aren : Lepas ni xde alasan lagi, abg balik keje satu jam boley request roti canai ok.
Mrs aren(my answer): Boleyyy....tunggu I bukak kedai mamak la eh..which is impossible because I am not a mamak..huahuahuhaua..roti canai segera mahu??!


***Mamak, roti canai une!Teh tarik une!


Donut Intan Terpilih



Kau ado????harharhar :D

 


***terbaik dari ladang cap jempol heheh

Projek karipap

Hehehe almaklumla dah teringin sangat nak makan karipap..ermm dok tunggu2 kot2 ada sesape yg jual, xde pulak sesape jual..selalu nye ada je..biasa kami beli je 5dolar ke..dapat la beberapa bijik kot(xingat bape biji) ok la untuk makan 2 org..

dah lame sungguh xmakan karipap..last makan masa balik mlesia aritu..hehe..so terpaksa la aku menggagahkan diri menguli dan menggoreng inti..actualy ni kali ke2 buat karipap kat sini..tp yg 1st dulu buat inti terhangit sket..ekekeke biase la mase tu sufia kecik lg..hikhik alasan tu je yg aku pakai.. ;p

hehe kali ni aku mintak resepi ibu..hehe resepi pon xbape resepi sangat la...resepi sempoi2 je..tp aku mmg suke sebab ibu dulu mmg jual kuih..huuu (ni kes dah rindu sangat nak makan karipap ibu buat ok) =.=' hehe masa aku kecik, aku mmg membesar dengan hasil karipap ni lah juge..so hari2 mmg tgk ibu buat..praktikal nye mmg dah tau..cume resepi je xtau..hehehe

[yg mane kelim lg cantik?bawah or atas?p/s: karipap ni dah terlebey goreng sket..;p ]

Karipap Bondaku

Kulit
tepung 1/2 kg
minyak masak(panaskan) 1/2 gelas putih(org panggil gelas bening, tau x?hihihi)
garam 1st
air
*kalau buat 1/4kg tepung je, minyak boley kurangkan jadi 1/4 juge or less..
Cara-cara: campur rata garam+tepung, panaskan minyak dan tuang kedalam tepung, kacau dengan sudu sampai agak2 rata sket. Ramas2 dengan tangan sampai rasa macam minyak rata, and then tuangkan air sket2 sambil uli. Jangan lembik sangat or keras sangat.

Inti
Kentang 6-7biji + potong dadu dan rebus sampai hampir empuk and toskan.
3sb serbuk kari or secukupnye, kalau nak pedas bubuh lbey. + bancuh dengan air
daun sup cincang(kasi wangiiii-optional), daun kari 2tangkai
2biji bawang besar, 5 ulas bawang putih, segenggam ikan bilis(lebeh lg sedap)*blend semua
Cara-cara: tumis bahan blend sampai naik bau, masukkan kari dan daun kari, tumis lagi sampai agak kering. Perasakan dengan garam and gula(supaya nanti bile dah masuk kentang tinggal adjust2 je rasa die kalau xcukup masin+manis). Masukkan kentang and sikit air. Masak sampai kering and kentang empuk. Sebelum tutup api boley masukkan daun sup(optional) and biar skjp api tu.
*Ince' aren ajor: dulu mase die tolong makcik meniaga kat singapore, diorang selalu bubuh telur rebus(potong 8) masa bubuh inti dalam kulit karipap. Harga seketui jadi 50sen sing..hehe cubelah. mmg sedap(ke aku je yg jakun, entah2 sume org dah penah try..;p)

Hehe actually buat karipap ni sebab alang2 nak bawak gi picnic sabtu tu..yang untuk hari sabtu tu aku gatai pi bubuh butter sket dalam adunan kulit..mmg spoil. bukan cite rasa tokak den..huu esok paginye inti ada lbey sket, and 2nd round tu xbubuh butter baru la puas ati...

last sekali silalah menonton gambo sufia dok main kat playground ye..time ni ibu dok sibuk gossip ngan kengkawan..ayahnye dengan rela hati nak jage anak..ekekkee..enjoice... ;)










***xsusah sangat rupenye buat karipap..

Apam polka

Huhu ini adalah kejadian semalam..kak yam punye pasal la ni..hahaha..membara2 jiwe raga aku ni nak buat apam polkadot tau...ovallete tu aku rase dah 4 5 bulan kot beli..tapi xterbuat2 juge..kih3..

so inilah hasilnye..taraaaa...

[batch yg cantik]

 huahuahua tapi sebelum terjadinye yang cantik gebu ni tgk la dulu gambo kat bawah ni..


haha cantik x?yg ni 1st batch..bijak punye pasal..kukus x letak dalam cupcake punye tin tu..dah le letak rapat2..sudah2nye yg ni sume ku humban dalam tong..adusss...

huhu..kesimpulan dari pembikinan apam ni..rasa = okla.. tahap kesukaran = medium..nak buat lagi ke?ermm xtau lah lg..mcm xbape semangat..sebab xbape dpt sambutan...sufia belom bape pandai appreciate kecomelan apam ni..huhu..tunggulah die beso sket..hehe..buatnye pon xde susah sangat pon..cume part nak bancur2 warna and pipe dalam papercup tu aku rase comot nye lah hai dapur aku dibuatnye..hehe oleh kerana itu xde lah aku nak mentepek resepi kat sini ye... ;)

***tunggulah tahun dpn ke buat lg..kikiki

Bile sakit perut

Ermm sejak semalam perut aku rase xsedap..betol2 xsedap..macam mual2 gitu..hehe mesti korang dah pk lain ek..huahuahuhaua :-D ermm sebenarnye ince' aren pon same..rasenye sebab sabtu and ahad tu kami makan macam2 sangat..dengan masak sendiri..orang kasi..makan fast food..ermm tu la akibat xberpada2.. aduss..(sile jangan tiru ye)

tadi pon rase sungguh xsedap perut..rasa nak masak sayur air je..tapi xkanlah..ince' aren nak kena bawak bekal..aduss...

jadi malam ni aku buat mee feveret kitorang biler rase sakit perut..or demam..or xselera makan and seangkatan dengannye lah..mee ni btol2 dah jadi mee feveret kitorang..especially kalau rase nak makan benda light2 je.. 


Mee Sup Lada Hitam

1/2 bawang besar + 2 ulas bawang putih + 1/2 inci halia - cincang
1/2 batang kayu manis, sekuntum bunga lawang, pelaga, cengkih
sedikit kiub pati ayam
1/2 sudu kecik serbuk lada itam
udang/ayam - aku suke bubuh udang je...sebab nak kuah yg btol2 light
sawi
mee kuning/spageti yg dah direbus
*untuk tabur atas(optional): daun sup, bawang goreng, lada merah hiris

Cara masak:
Tumis rempah tumis + bebawang + halia sampai naik bau
masukkan air, lada hitam, pati ayam and tunggu sampai mendidih
Boleh masukkan udang/ayam and tunggu sampai separuh masak, masukkan sawi and perasakan dengan garam. Masukkan mee and rebus sekejap(secukup rasa).
Kalau nak masukkan telur pon boleh. Tapi aku xsuke -aku mmg xnak mee yang fancy. So, bile buat mee ni aku asingkan kuah separuh(utk diri sendiri), pecahkan telur sebiji(utk suami tercintun)  and last sekali baru masukkan mee.

hehe simple sangat sampai rase xyah tulis resepi ni pon xpe kan?hehehe..sekadar nak kongsi je..;)



***selesa sikit rase perut..


Nasi kambing keluarga said


di malam2 hari yang hening ni..kepala aku sakit pulak..rasa macam ada jarum cucuk kat tgh kepala...
actually lepas jumpe SV(hari ni khamis kan?hehe) mesti sakit kepala aku datang kot..kalau xdtg pon mesti buat2 datang juge..

ape sebenarnye aku nak citer ni?hahaha..=))

xde pape pon..sekadar nak berkongsi gambo nasi terakhir yang jiran aku kasi...satu dulang beso hokay..tapi kami senyap2 bagi kat kawan2 la..ni masa seminggu before die balik arab..patutnye kami la jamu die kan..dah terbalik pulak..hihi malu deh...

hehehe..portion yg kami punya tu pon aku je yg byk makan..sebab sayang..malam tu ada lagi, bukan main lagi pujuk ince' aren soh makan..sebab nye aku dah xlarat nak makan..nasi berminyak, banyak mana sangat la yang mampu nak makan..makan sket je dah kenyang..emm tapi mmg sedap pon diorang masak..ermm okla die setuju makan asalkan makan bersuap sebab die xnak tangan bau kambing...errr boley camtu..baiklaahhhh aku layankan jelah..asalkan nak makan..huhu

kenape tetibe teringat jiran lame pulak..sebab tadi terborak2 dengan labmate(arab juga), bila aku kate said dah balik and dah submit thesis, die kate emm rase mcm belom..entahla..hehe aku pon kate..emm entahla..

emm tu yang teringat tu..

[dulang nasi ambeng hehehe]

[nampak kecik?besar tu sebenarnye..]

[baik punyaaaa]

[our portion..the smallest portion of all..and xabes makan pon..aduss sori said]

ok tu je..bye bye bye...


***harharhar

Marble Ciskek

hehe entry resepi lagi ye..apelah maknanye chef kehormat nak masak, kalau anak dan laki xsuke makan kan?hehehe jadinye si mak orang ni dok la sebok pk ape nak buat untuk makan2 a.k.a ngonyel2 dikala xlapo sangat and nak junk food...teringat pulak kat ciskek kak naza..taaapiiii ciskek tu sungguh cheesy sekali..full of cheese..and teringat pulak cik abe kami xbape suke dengan base die yg biskut tu..ada je die nak komen ye..
 
and then teringat pulak kek cokelat moist yg aku suke buat dulu2...sedapnye..lame xmakan..taaapiiii cik abe kami juge xsuke sangat lg2 kalau pakai cokelat murah..pahit sket katenye..almaklumla kat sini mampu beli barang gred cikaro je..so ada pulak aku kena makan kek cekelat sengsorang..nanti kalau terlebih montel xcantik pulak..huahuahuahua...

jadinye aku pon buat le marble cheese cake ni..aci kan..cokelat ada, cheese pon ada..sebab teringat makan kat SR dulu mmg sedap..tp ni bukanlah resepi SR..resepi jumpe kat myresepi..well, as usual aku cume akan amek resepi yg xbape leceh and banyak org dah try je hokay..hehehe
Marble Cheese Cake


 
Bahan-bahan  -kaknita@myresipi.com
Masa penyediaan-lebih kurang 20minit
  • Bahan A
  • 185g butter
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3 biji telur (gred A)
  • Bahan B
    • 250 gm cream cheese
    • 1/2 cawan gula halus
    • 1/4 cawan fresh milk /susu cair
    • 1 biji telur
    • 1 sudu teh esen vanila 

Cara-cara
  1. Cairkan butter ,masukkan serbuk koko dan kacau sebati. Biarkan sejuk
  2. Pukul gula dgn adunan 1 ,mskkan telur satu persatu(agak2 sampai dah kembang sket la).Kemudian masukkan tepung yg telah diayak bersama baking powder 
  3. Dalam bekas lain pukul cream cheese dgn gula,masukkan telur ,esen vanilla diikuti dgn susu cair sampai sebati.
  4. Tuangkan adunan koko berselang seli dgn adunan cheese
  5. Bakar dgn suhu 180'c selama 40 min - aku tambah masa, sebab oven ngokngek..sesekali cucuk kek dengan lidi tgk da masak lom.. :)


hehehe...actually ni loyang kedua dalam tempoh 5 hari..komen cik abe kami>>boley x kalau nak request ni hari2..errr pulak dah ye...

***resepi ni mmg sedap..cubalah..

Ayam grilled black pepper

Ini adalah edisi laporan masakan dimalam hari..hehe..

Saya baru mencube ayam grilled black pepper..and hasilnye boley dikatekan wowww...(uhuhu nyesal baru try sekarang..maksudnye OK le tu)..malangnye saye pon dah xingat saye dapat dari mane...sebab banyak2 sources..bahan marinate and sauce dapat dari source yang berbeza..and resepi ni saye dah ubah suai ikut bahan yang ado and cara yang saye rase mudah..hehe oleh kerana takut terlupe so saye tepek kat sini la ek.. ;-)

OK..ayam black pepper ni kami makan dengan nasi ayam..nasi ayam sempoi je..hehe asal boley..tapi ince' aren kate ok la not bad..huhu..sauce tu pulak, actually mula2 aku try resepi lain..tapi aku rase macam pelik..so aku buang and try yang lain..huhu..membazir ek.. =.=' (sila jangan tiru perbuatan ini)


Ayam Grilled Black Pepper and Nasi Ayam Sempoi2an

Marinate ayam:
4inci halia, 8biji bawang putih (blend) and bahagi kepada dua bahagian.
Separuh keluarkan dari blender untuk masak nasi.
Bakinya(dalam blender)- masukkan:
2 sudu serbuk black pepper,
2sudu besar sos tiram,
2-3 sudu besar madu,
separuh kiub ayam,
sikit garam-blend semua sekali. Perapkan dengan ayam yang dah dibersihkan. Perap sekurang2nya 1jam.
*Bakar dalam oven yang dah dipanaskan sekejap, suhu 200degree selama sejam. Aku suka bakar dengan bahan marinate sket(curah sket kuah marinate atas tu)-lepas stgh sejam, terbalikkan ayam.
Lepas sejam kalau bahagian bhgn luar nampak xkering, boley pindahkan ke grill sekejap, 5-10min ke..

Black Pepper sauce:
3sb mentega-cairkan dalam periuk.
3sb tepung gandum-masukkan dalam periuk and masak sampai buih2..
Kemudian masukkan:
150ml susu segar
150ml air panas
1/2-3/4 kiub ayam
1/2 sb kicap pekat
3/4sk cuka
3/4 sb lada hitam
(bahan2 ni boley adjust ikut kesesuaian rasa). Gaul rata and masak semua sampai pekat. Kalau masa nak makan tu sauce dah sejuk and pekat sangat, boley masak sket dengan air masak panas.

Nasi ayam:
Sukat beras(rendam sekejap kalau guna basmathi)
Sukat air untuk masak nasi-gunakan air yg panas sket)
Larutkan kiub ayam dalam air(yg disukat)-sesedap rasa.
Panaskan 2sb butter dalam periuk, tumis sekejap baki yang telah blender td. Masukkan beras, kacau kemudian masukkan air dan garam. Masak dalam periuk nasi.



Hidangkan dengan lettuce, tomato and timun. Kalau rajin buat la sket sup ayam kosong.

Gambar takde ye..sebab semua dah selamat dingap..hehhe...Sekian, Terima Kasih..



***lakiku kate-jimat 30dollah..huhu..

baking has never been so easy!

at last! iskkk...

impian nak punya breadmaker sendiri dah jadik kenyataan..hoho dah lame tuuu berangan nak beli..tapi duit tade huu...tgk sini

akhirnye..berjaye juge aku meleburkan duit sket(hehe tak tau la duit yg mane aku leburkan..duit sendiri ke duit laki den..hik)belasah je lah.. and pagi tadi semangat berkobar2 nak try..malam tadi dah buat siap2 water roux untuk lembutkan roti tu...

so pagi tadi..ni lah die resepinye... ;)
 

Doh Asas Bun Manis
[copy from JintanManis pdf tutorial..thanks ye kak ros..:)]

Cara-cara:
*Pukul telur and asingkan dua sudu besar untuk glaze.
*Ikut arahan BM masing2
1)Ikut BM ku: masukkan yeast dulu, bahan2 kering and last sekali bahan liquid. tekan fungsi Dough and Start.
2) Bila dough dah ready, keluarkan dan tumbuk2 untuk keluarkan angin.
3) Bagikan kepada bebola kecil(ikut saiz yg diingini)
4) Rehatkan 8minit.
5) Bentuk bebola tadi dan isi dengan filling kegemaran. susun jarang2 sket atas baking tray yang dah dialas dengan baking paper.
6) Rehatkan lagi hingga naik dua kali ganda(aku rehatkan 15min) and panaskan oven 180degree.
7) Bila dah ready nak bakar, glaze dengan baki telur+2sudu susu segar+air sket+madu sket), jgn sapu awal2 sangat nanti rosakkan doh roti(ikut tips jintanmanis)
8) Bakar selama 20min. Aku terpakse tambahkan masa sket, sebab oven kat rumah ni mmg sengal2 sket...hehe...
9) Kalau dalam tempoh bakar tu nampak bhgn atas dah mula nampak perang, tutupkan atas roti tu dengan aluminium foil.
10) Siap! hehe..boley sejukkan and simpan dalam bekap kedap.. :-)


[dpt 12 biji]
[hepi sampai sengih2 tgk roti ni..hehe]

hasilnye sgt best..gebuuuu aje..tapi filling die aku gune kaya roti yang tak bape sedap(sbb tersalah beli and dah 2 3 minggu xhabis2 makan) so tu jelah yang buat kurang puas hati..yang lain mmg da bom lah resepi tu..resepi tu la yang best bukan nak kate aku pandai buat...huhuhu...kalau nak resepi roti yang hebat2, silalah ke blog kak Ros JintanManis ye.. ;)

actually ni bukan lah 1st time aku buat roti..dah kali ke 3 kot..cume ni 1st time pakai BM..and hasilnye mmg lain dari uli pakai tangan..kalau uli sendiri sekejap je aku dah letih..kikiki..mane la doh nak cantik..

hihi so kire ok la ni..aku nye stress yang semalam tu pon dah kurang sket..so malam ni kite berjuangg!! heeee ;)


***lepas ni nak buat perisa strawberi pulak..huhu