Cuci telinga
Labels:
Health
Bismillah..lama sungguh aku tak celoteh kat sini kan. pasal puasa/raya pon langsung tak ada..huhu busy sangat2 sejak balik ni.. aptb huhuhu
oklah ni edisi warm up before buat keje2 aku yang tertangguh tu. pasal cuci telinga..
[from Google] |
nak dijadikan citer, sebenarnya aku mengalami telinga tersumbat sejak balik aritu. dia macam datang dan pergi..kejap kena dalam 5 6 hari kena pastu elok balik. aku pon ada beli eardrops kat farmasi and pegi klinik panel gak. sebelum2 ni aku kalau sakit pening mmg suka g klinik panel(swasta) je. sebab dekat ngan rumah. mmg sah2 pasal ear wax(tahi telinga) keras and dah tersumbat. huhu bukan sebab aku xbersihkan ye. sebab aku rajin sangat bersihkan la jadi camni..
hinggalah last week, happen lagi sekali. aku xleh tahan dah kali ni. dah la keje tengah menimbun. dahnak raya pulak tu. pastu bila telinga sumbat kita jadi pening kepala tau. sebab rasa kepala xbalance. kalau yg penah rasa maybe tau apa perasaan dia. so, aku dalam hati kata mmg takleh jadi ni. mmg aku nekad gak gi Pusat Kesihatan Universiti.
pastu hari khamis lepas aku pon pi lah..dengggg doktor kata mmg keras sangat. bahaya kalau nak cuci pon..so sekali lagi dia kasi ear drops untuk aku guna dulu lembut najis2 dalam telinga aku tu :P siap dia bebel, mesti awak guna eardrops yang beli kat farmasi tu awak guna tak betul. hehe nanti sat g pi kaunter ubat tanya akak tu camna nak guna..
Cara Guna Eardrops
So, akak tu pon dengan baik hati tunjukkan lah cara nak guna yang betul. rupa2nya bila nak titiskan dalam telinga tu make sure kita kena tarik cuping telinga kasi tegang. menurut akak tu, telinga kita ni wpun pendek sbnrnya tp dalam tu bentuk S. jadi kalau kita tarik, flow ubat untuk masuk tu jadi lagi lancar sikit. pastu dia pesan lepas tu terus tido je. jangan bangun2 balik untuk buat keje lagi.so ubat boleh terus bekerja.
-----------------
so, seperti dijanjikan aku pon datang balik tadi. untuk check semula keadaan telinga. bila check doktor pon kata Alhamdulillah dah cantik dah. dah boleh cuci. huhuhu terus aku seram. emm sbnrnya bila aku google2 ada yang kata cuci telinga ni boleh batalkan puasa. tapi kebetulan aku mmg coti hehehhe
Cuci Telinga
huhu memula lepas aku baring atas katil tu ngeri gak tengok punya lah panjang besi akak misi tu keluarkan. adeh serammm wehh..haha tapi akak tu kata ok je taklah sakit sangat.
Pastu doktor pon datang untuk cuci telinga aku ni kan. doktor siap pesan banyak kali. kalau sakit cakap sakit or angkat tangan. aku sbnrnya tak tau apa diorang buat. tapi basically ada 3 steps la.. (i) pecahkan ear wax (ii) masuk ubat (iii) sedut ubat.
masa step (i) and (iii) tu mmg berasa la sakit dia. and yang aku perasan, mmg at one point tu akan rasa sakit. and, aku rasa doktor bukan saja2 pesan untuk cakap sakit tak tu.. bila kita sakit maksudnya dia dah takleh pegi jauh lagi. kalau terus lagi boleh terodok gegendang telinga. so kalau2 korang buat nanti, kalau rasa sakit tu terus cakap ok. jangan buat2 kuat n senyap plak :P
masa step (i) dia masuk besi tu, aduh macam grill pon ada juga aku rasa. hahahha ngeri x? pastu step (ii) dia masuk ubat untuk lembut kan earwax yang dia dah pecahkan tu and dia biar dalam 5 minit. pastu step (iii) baru la dia sedut balik kuat ubat and tahi telinga sekali
--------------
Alhamdulillah..hasilkan. terasa segarrr... ekekkee.. lesson learnt, jangan rajin2 sangat korek guna cotton bud sebab benda tu sbnrnya akan tolak dia masuk dalam. doktor kata nasib baik aku punya kes ni yg keras tu tersangkut kat tempat S tu so taklah teruk sangat. ada kes yang sampai ke gegendang dah and bernanah. tu yang bahaya and boleh sebabkan gegendang pecah kalau cuci. uhuk2 takut kan?
oleh itu, jagalah telinga anda..and nak cakap ni. aku sukeeee sangat PKU. huhuhu
***selamat mencuci. hehe