debaran makin terasa..transformasi akan berlaku..huhu..
Labels:
My Study
Salam aidilfitri,Semasa aku menulis entry ini tickers kat sebelah ni menunjukkan aku cuma ada 1 bulan 4 minggu je lagi sebelum kami berlepas ke sana..Aku rase semakin hari semakin berdebar..bukan pasal excited..tapi pasal risau sebab banyak benda yang tak settle lagi...banyak benda yang kami tak tau lagi keadaan nya...n risau ape benda yang kami patut bawak n risau yang paling BESAR sekali adalah kerisauan yang aku belom prepare lagi untuk PhD...Ya Allah kuatkanlah hati ku..Sesunngguhnya kesibukan bekerja dan keletihan setiap hari sangat membataskan keupayaan aku untuk study n prepare for PhD..
Itulah cabarannya...aku belum bermula lagi..tapi aku dah dapat rasakan bahangnya..PhD bukan macam degree or diploma or SPM or PMR or apa2 yang seumpamanya...PhD bukan kira kepandaian..PhD bukan hanya mengira kebijaksaan semata2..tetapi PhD sangat memerlukan kesungguhan, komitmen n kekuatan hati, fizikal dan emosi yang sangat2 tinggi...itulah cabarannya..ramai yang menasihatkan aku begitu..itu semua pengalaman dari mereka yang sudah bergelar "Dr."... anda rasa pentingkah gelaran itu..? hmm personally untuk aku, aku rasa gelaran itu tidaklah penting mana cuma cabaran untuk melaksanakannya dan kejayaannya itu yang paling penting sekali...
aku bersyukur sangat2 sebab ramai yang begitu supportive sekali dan ramai yang sudi membantu kami di sana.. InsyaAllah semoga Allah membalas jasa mereka...belum pon aku sampai di sana, kami dah terima pelbagai email yang menyatakan kesudian mereka untuk menjemput dan menumpangkan kami buat sementara waktu sebelum kami mendapat rumah yang sesuai...Alhamdulillah sekurang2nya kurang sikit kerisauan dalam hati ni..semuanya kerana Kak Naimah yang dah memperkenalkan kami pada vmpg yahoogroup...diorang sangat2 membantu..banyak betol tips2 yang kami terima..insyaAllah kalau berkesempatan aku akan cuba compilekan semua yang perlu dilalui sekiranya ada rakan2 yang juga ingin ke luar negara..
urghh..risaunya rasa hati..adakah Melbourne akan tersenyum menerima kami..dan kami akan pulang juga dengan senyuman..ya Allah permudahkanlah segala urusan kami dan jauhkan lah kami dari sebarang halangan dan rintangan dalam kami mencapai apa yang dikejar..yaAllah semoga juga suami ku tersayang sabar melayan kerenahku dek akibat tension nanti...Amiinn..
**DiLLaiLa~~ risau oh risau...