Sunburn

Aku sunburn dek kerana hari keluarga aritu.

And aku stress tgk muka sendiri yang bertompok gelap sana sini. kalau rata cantik la juga. miahahahhahaa

Sekian..


***keterlupaan nak pakai sunscreen.huhu

Family Day and Sport Day at LC

Semalam setengahari kami berhitam-hitaman kat padang. melayan sufia az-zahra punya family day utk Little Caliphs.. haha sebenarnya rasa best jugak sebab dah lama x join sukaneka. dulu masa kat Melbourne ada jugak sebenrnya tapi xdan nak join sbb time tu sufia baby pon lagi. so sape plak nak jaga anak den..

[a preparation for marching]
kami gerak pagi dari rumah dalam pukul 7.15am. terus ke Instititut Perguruan Tun Hussien Onn BP. hehe ingatkan dah lambat le tu. tapi tapi kami sampai gate tu, ramai je lagi orang baru nak masuk. so ok la takla rasa hampeh sangat.

yang kat gambo atas tu, adalah masa diorang siap2 nak berarak. so kena kumpul kat bawah khemah dulu. satu perkara funny time tu adalah, kawan2 rapatnya ada 2 3 orang dok datang kat dia and cubit pipi sufia masa sufia sampai tu. hahahhaha kelako. tetibe teringat aku masa tingkatan satu-tiga, kawan2 sekolah aku budak2 cina pon suke picit2 pipi I masa perhimpunan sekolah. cikgu berucap kitorang buat bising kat belakang :P

mmg seronokla tgk budak2 ni masuk acara. sufia pon ada masuk 2 acara. kelako memasing. lagi2 yang umur 4 tahun. mmg belom matang..ada yang siap cikgu pimpinkan tangan lagi.. hahhaha.. yang sufia pulak kawan baik dia si Damia dah menangis..menangis meraung2 lak tu. sufia memula cool lagi. lama2 dia macam pendam2 nak nangis. sekali ada satu point tu aku ngan teacher usik dia, terus meleleh air mata dia adoiii..anak aku turun gerimis jugak akhirnya.. aduh duh duh.. dah la berhingus. menangis pulak..kelako...

last sekali sebelum balik kitorang join game untuk family. tapi kitorang kalah haha sebab aku lembab :P  apa pon wpun rasa dah berkilat giler semalam and muka pon dah hitam dah ni, kira best la family day semalam. cuma sayangnya semalam cuaca panassss gile giler tu yang x tahan tu. and rupa2nya malam tadi nak hujan sebab tu kot siang tu panas yang amat..

insyaAllah kalau ada rezeki tahun depan join lagi..hehe


***semalam yang penat..




Kereta oh kereta

Recently kami menghadapi kesukaran pasal kereta. Mana tak nya dua2 nak pi keje. kereta pulak cuma satu..jadi nak tanak terpaksa lah kami meminjam kete abg kepada cik abg ku dulu. huhu kebetulan dia pon blom nak pakai kereta tu sebab biras aku belom keje lagi..

jadi sekarnag ni rasanya macam dah sampai masa je kami pk pasal beli kete sendiri..macam2 tgh consider. nak beli kete second ke. kete baru ke. nak beli kete baru cukup ke duit nak bayar bulan2? dengan nak bayar rumah lagi.. lagi pon nak beli kete ape? kalau boleh kalau beli baru mmg nak beli mpv sebab berbaloi sikit. senang kalau nak jalan ngan famili. nak beli kete second kete ape pulak yang ok. berbaloi ke.. second2 pon mahal juga.. tapi kalau beli second cash yang murah2 takde la pening hutang tiap2 bulan. aduhh pening2..


jangan marah la ek kalau kitorang tetibe terbeli Grand Livina jugak. hahahhahhahaha..tetibe tersama dengan abg I punyo kete plak.. kih3.. :D

***kalau la duit boleh petik kat pokok ek? bestnye :D :D

Perut buncit

[google mari]
hehehhee tu bukan gambo perut aku ek..tu hiasan semata2..

sejak balik msia ni aku selalu sindrom kelesuan, perut xsedap, sebu n buncit... tak lain tak bukan mesti sebab kat msia ni byk sangat makan jajan, keropok, cokelat n sebagainya..

aku ni dari dulu2 dari kecik korang pon dah tau yang aku mmg xreti diet..nak bersukan apa tah lagi. aku suka yoga, tapi lama2 bila sorang2 and dah lama x buat..semua jadi kelaut la kan..

hari ahad lepas sepanjang hari aku sakit perut. sebuuuu...pedih and sebagainya.. perut pon rasa keras semacam. nak 'ber' xnak pulak..mmg seksa la jugak.. rasa nak muntah pon ye.. jadi aku rasa kompem sebab aku xjaga makan..

so aku decide, the only way nak solvekan problem ni adalah aku mesti puasa. tu je caranya. mmg aku tau kalau aku puasa aku rasa badan aku lain.. rasanya dalam bulan jun ni mmg aku xde puasa lagi. thats why jadi camni..

hasilnya... memang terbukti berkesan. puasa mmg banyak manfaat. asalkan kita buat betol2.. time buka pon makan sekadarnya je.. lepas makan nasi, takde ngunyah pon. paling2 pon aku makan Daim je sebijik malam tadi.. minum pon aku minum teh o takde susu2 punya.. Alhamdulillah..baru sehari puasa aku dah rasa perut sangat ok. takde sebu n nak muntah lagi.. :)


***feeling determine..  :D

Dilla kembali lagi

Assalamualaikum.. ehehhe..

Cukup 6 bulan 15 hari aku xbersiaran kat blog ni..lama sungguh kan..

Sesunggunya betol2 xde masa pon nak jenguk blog sendiri apatah lagi baca blog orang.

sebenarnya ada banyak nak cerita.. cuma tak de masa and xtau nak citer dari mana..

so, insyaAllah slow2 la k :)

yang pasti aku dah kat Malaysia sekarang..

bagi sedara mara yang aku lom sempat jumpa lagi tu. inysaAllah raya nanti kita jumpa la k..


***slow slow... :)