Clinique Liquid Facial Soap

untuk segmen pembukaan baru start nak buat keje untuk hari ni ni(hehehe) aku nak buat review sikit pasal pencuci muka kat atas tu. ..

[pokcik googs]
sebenarnye, semenjak aku duduk melbi ni aku dah jarang ada masalah jerawat besar2 kat muka. mungkin sebab cuaca. even jerawat pasir pon actually jarang je rasa ada kuar kat muke ni. sebelum2 ni aku guna neutrogena pencuci muka. mmg rasa sesuai sangat2. rasa kulit bersih and tak rasa berminyak or kering. so balance je. tapi bila dah lama2 guna rasa macam minyak tu ada lagi kat muka bile cuci. but, bile dalam keadaan biasa pulak muka kering mengelupas2. haishhh mmg huduh betol la..huhu aku pon xtau le ngape jadi camtu, berminyak tapi kering. so aku anggap la mungkin dah 3 4 tahun pakai pencuci yang sama so sampai masa untuk ubah angin kot.

kemudian aku tukar ke neutrogena juga, tapi yang mosturize kulit(sebab masalah kulit kering tulah). so aku pakai la. TAPI yang ni mmg tak sesuai dengan aku. bila cuci rasa xbersihhhh huhuhu. dah tau kulit jenis minyak sbnnya kan. pi gatai tukar padan muka. tapi memandangkan sebotol tu penuh takkan la aku nak tukar lain and beli yang baru kan... dah la belas2 dolar jugak. so aku pon pejam mata jugaklah pakai. tapi hari2 mandi rasa macam muka tak mandi sebab rasa xbersih..huhuhu 3 4 bulan jugak kot baru botol ni rasa macam ringan..ditambah dengan stress yang menggunung ni. makanya muka aku pon mmg berjerawat yang ampun la..especially kat area dagu. huhuhu bertambah stress dibuatnya tgk jerawat sendiri.

HARI NI, aku try pencuci muka clinique ni, actually aku tak beli pon. aku try kawan punya. before dia nak balik for good aritu die tinggalkan kat aku sikit. mmg dah lama dia suggest benda ni. dia kata mmg sedap pakai. so aku try lah..TERBUKTI, mmg bessstttttt sangat.. huhu dah lama aku tak rasa muka bersih macam ni. sampai bawah2 dagu2 aku sental. bila touch muka tu mmg tak rasa apa2. i mean tak rasa kering, tak rasa berminyak. just nice.. feeling dia lebih hebat compare to masa aku mula2 guna neutrogena yang biasa dulu2.WALAUPUN jerawat ni xlah serta merta ilang, ada je lagi kat muka ni ha tapi part yang xde jerawat tu mmg rasa bersih.

oleh itu aku pon bercita2 la nak pakai pencuci ni lepas ni kan. so, sempat la survey harga sat. hahhahahaha ya Allah patutlah best, dua kali ganda harga neutrogena aku kot.kikiki tapi InsyaAllah kalau berkemampuan nanti aku mmg nak pakai terus kot. sebab rasa sesuai dengan kulit I. yang penting hati ku senang. ye dok??

apa pon aku still bagi thumbs dekat neutrogena yang biasa aku pakai tu. sebab wpun harganya lebih murah tapi not too bad ;)

***hehehhe macam tulis essay kan? :P

2 comments

Ira October 20, 2013 at 2:01 AM

smga sesuai ngan kulit ko.
takpe la mahal sket, janji puas ati.
aku pun susah nk jmpa pencuci yg sesuai ngan kulit.

DiLLaiLa October 24, 2013 at 3:24 AM

tq zira :)