Sambal tumis sedap

Hehe lama sungguh rasa tak tulis benda2 yang bermanfaat dalam ni. kesimpulannya late ni mmg aku ada malas sikit dah nak menulis kat blog. padahal sebenarnye banyak je boleh cerita.

Oklah mohlah aku nak citer perihal aku belajar masak sambal. Aku masak sambal ni kire lebih kurang dah 5 tahun la lamanya. Sama lama dengan tempoh kawin kitorang la..hehe tapi gamaknya dah 5 tahun ni tak penah sedap sambal aku ni. almaklumlah belajo masak sendiri hhehehhe

minggu lepas ada kawan kami transit sini sebelum diorang balik for good. kak faridah and family. jadi oleh kerana kak faridah punya sambal mmg best pada aku and ince' aren jadi aku sempatla berguru. aku tgk satu2 cemane agaknya kak faridah ni buat sambal sedap. Jadi meh aku tulis kat sini apa yang dia buat tu. aku tak citer step bahan2 membuat sambal tau. uolss sure tau punya.

[time kasih pakcik Google and tuan punye gambo hehe]
 Tips/cara2:

1. Cili kering mesti di rebus sampai lembut, buang biji basuh and blend sampai halus betul

2. Gunakan bawah merah campur dengan bawang brown sikit instead of bawang brown saja.

3. Tumbuk bawang bersama bawang putih. dah agak2 lumat baru tumbuk sikit ikan bilis. tumbuk kasar2 je. Tumbuk ye bukan blend. kak faridah kata masak shortcut rasanya kurang umphh..hehhee oleh kerana ini aku nak request lesung yang besar sikit kat ince' aren kikiki boleh? :p

4. Panaskan minyak. Minyak kena banyak. Kalau x takut lada x masak. Kalau letak minyak kurang and tambah masa tengah masak lada pon nanti sambalnya masak tak cantik warna dia. so kena bajet betol2.

5. tumis dulu bawang2 tumbuk tu sampai naik bau and masukkan cili kisar. masak dengan api sederhana sampai masakand pecah minyak. minyak tu nak kuar kaler merah cantik. kalau cium dalam kuali pon dah tak bau lada lagi sambal tu. lada dah masak baru masukkan asam jawa sikit and gula and garam kalau nak. kalau belah johor sambal biasa manis sikit(sikit je) kalau belah melaka biasa lebih masam berbanding manis.

6. masukkan air sikit dalam lesung bekas tumbuk tadi and masukkan dalam sambal kalau nak sambal cair sikit.

6. masukkan bawang hiris and ikan bilis lagi(kalau nak). balance rasa and biar bawang layu sikit and tadaaaaaa siap sudah sambal kite.hehhehe

gitu lah sikit sebanyak cara kak faridah buat sambal. banyak yang beza dengan cara aku masak. ekekke patutla ince' aren selalu komplen sambal aku rasa lada..hihihihihi


***semangat buat sambal sekarang :D

2 comments

liza November 3, 2013 at 2:58 AM

Ikan bilis tumbuk kalau ganti dgn udang kering pun sodap..

DiLLaiLa November 3, 2013 at 6:15 PM

aah kalau mak mentua aku kadang mmg pakai udang kering kot. sedap jugak..