Cuti cuti Langkawi with family - June 2014

Post ini telah ditulis pada bulan June. hahahhahahha... tapi xpublish2 sebab gambo x transfer2.. :p silakan baca kalau lajin.. nanti aku upload gambo from hanpone ye...


Aritu kami jenjalan pi langkawi. memang bestttt...wpun sekejap giler pegi. 2hari 2 malam je hehehhe...yang penting this time kami bawak ibu. first time ibu naik kapal terbang. insyaAllah ada rezeki umur panjang xlah terkejut kalau dapat ke Tanah Suci. aminnn

kapal terbang kami hari Khamis malam jumaat sebab Jumaat iols kat Johor kan tak koje. tapi hari khamis and ahad tu iols amek cuti jugak sebab nak prepare2 etc. sebenarnya kitorang beli tiket ni dah tahun lepas lagi. hahahhahaha lama kan. masa tu AA buat promotion so sebat jelah dah alang2 murah. kebetulan pulak kami bayar pakai duit OZ so time tu kena dalam 120dolar je camtu pegi balik untuk 5 orang. hahaha mmg tak rasa kan?? so cuti2 kali ni kami bawak isha(my youngest sista) and ibu. and sorang lagi adik yang belajo kat Unimap tapi minachi ni naik feri ajolah adenye from perlis nun. huhu

ok lah meh lah kita ke ringkasan and gambar saje ek..sesaje tulis untuk kenangan:

Khamis(290514) : parking kete kat KLIA2 (kapal sepatutnya berlepas pukul 9.30 tapi delay sampai dekat kol 11 kot..cam hampeh je menunggu). dah le mata dah ngantuk giler n penat giler dah. baru nak pegi dah penat.huhu

sampai Langkawi, owner Homestay datang jemput. abg ni mmg best. mmg lebih kurang je dia. kitorang sewa kereta waja dia jugak, dia kasi rate murah je RM60 sehari. time tu padahal cuti sekolah. patutnya mana nak dapat harga tu. pastu rumah pon ok sangat2..sangat selesa..harga pon dia kasi harga murah untuk time cuti sekolah. kitorang dapat rate biasa je. mmg bersyukur sangat2.. mudah2an makin murah rzeki abg zul. kalau ada sesapa berminat bolehlah hop ke laman ni ye.

Jumaat(300514) : pagi ni kami pi Island Hopping. kalau nak booking island hoping boleh la pi sini. kitorang booking satu bot sebab pi ngan family abg jugak. so bot itu kami yang punya hehe.. kalau survey2 tu kira murah la. sbb byk blog yang letak harga tinggi lagi..

emm mmg hoping sungguh la. aku actually dah penah rasa dah so takde la rasa exsaited sangat. tapi mmg niat nak pi jalan2 bawak ibu je. hehe namanya pon percutian ala2 bajet gitu. kih3..mula2 kami pi tgk view Dayang Bunting tu dari jauh. macam ni..

plan dari rumah mmg dah tak mau pi dah turun tasik dayag bunting. sebab penat yang amatttt..dah tau sangat dah. tapi semua orang semangat la pulak.so aku turun la jugak.

ok lepas tu kami pi tgk diorang feed the eagles pulak. namanya pon LangKawi kan. mesti lah byk Helang. Helang tu pon mmg ikon utama langkawi kan.

last sekali kami pi Pulau Beras Basah. enjoying the water and the view. kitorang bawak bekal nasik lemak. and sambal telur. ok sambal telur tu ibu yang masak semalam siap2 kat rumah k hehehe. jangan xtau aku siap bawak piuk nasik lagi sebab kebetulan homestay tu kami dapat yang xde dapur. so payah la pulak nak masak2 kan. bebudak ni suka la main air laut.sufia je penakut air. hahahhaa dia mmg dari kecik takut ombak :P

balik tu semua terpengsan sekejap. mmg penat giler oiii. sampai rumah dekat pukul 2 kot. so aku cakap ngan ibu kalau xlarat xpelah lepak jelah kat kat rumah. ni namanya cuti santai2..hehe tapi ibu kata takpe tido sekejap nanti kol 3 kuar balik. so memasing tido lah especially yang anak2 dara ni hah. paling lambat sekali. aku dah kuar masuk rumah bape kali memasing baru nak bangun. adeh

petang tu kitorang jalan2 pi The Zone, pastu merayap carik Haji Ismail Group(HIG) kat Pekan Kuah.  sila lah cari HIG ni ye. mmg glemer untuk soping kat Langkawi tu. huhu.. tapi kalau harga coklat kat The Zone pon harga byk yang ok. emm apo lagi. soping cekelat je la.. kitorang xdela beli apa sangat pon sbnrnye serius tak tipu. kalau nak ikutkan orang lain pi langkawi kemain borong lagi. kitorang? hahahha coklat pon bape je. and aku beli dulang satu, tu jelah kot. and kain pelekat sikit... itu pon habis dekat 500. orang lain soping giler tu bape la abes agaknye ye..huhuhu

pastu petang sikit kitorang pegi Dataran Helang ni. memula berpusing2 la jugak nak carik parking, xtau nk masuk kat mana. rupa2nya kena masuk kat jalan sebelah parking jeti feri tu. sabar jelah..


malam tu kami tak pi mana2. dok rumah je. sebab memasing dah penat. oh ye lupa nak kabo, kami sempat belasah durian lagi balik dari Kuah tu. sedap sungguh la deroyan dia..alahai tapi gambo xde plak..


Sabtu(010614) : Sebelah pagi kami kami meround2 pi Makam Mahsuri. Ibu seronokla kat sini sebab dapat tgk rumah lama2. byk la barang2 lama dalam tu. kira mengimbau kenangan silam la gitu. ihik

Pastu kami pi Beras Terbakar. Betol la orang kabo, mmg dah tadaq pon beras je. ada lah dia display satu pinggan je.. hahhaha sabar jelah..tapi nasib baik lah situ ada byk kedai jual kain, baju etc kan. so menarik la jugak untuk aku. sempat la aku beli baju I Love Langkawi untuk anak dan diri sendiri :D

pastu tghr tu kami balik rumah balik. patutnya kami dah kena kuar dari homestay time ni sebab malam kang dah nak balik KL pon. tapi kan aku dah kabo, abg zul ni mmg best. dia xkesah pon kitorang lepak sampai ptg sebab kebetulan mmg xde orang sewa pon. terima kasih byk la kat abg zul naa..

petang kami kuar balik pi naik Cable Car. bayaran masuk adalah RM15 ye. diulang RM15. asalkan uols tunjuk IC malaysia hehe.. kalau jumpa kat blog ka mana ka tulis RM30 tu, yang tu mmg harga standard. tapi kat kaunter mmg dah tulis siap2 kalau malaysian mmg RM15 je.

naik cable car kali ni aku rasa penat sikit sebab beratur punya la panjang orang. almaklumla cuti sekolah. pastu salah turun pitstop plak. dah kena beratur byk kali. hahaha..pastu plak jambatan kat atas tu diorang tgh buat maintenance so xdapat la spend masa banyak kat atas.

huhu itu ajelah cuti2 Langkawi kami. ringkas n padat tapi smpt cover sume yang penting2 hehehe..balik cable car kitorang antar adik(si Idot) pi jeti. yang lain sume tunggu kat rumah. lepas maghrib gerak pi airport.

kami sampai KL dalam kol 11.30pm pastu gitu gini clear dkt kol 12. pastu ince' aren drive balik BP. kol 4.30am sampai umah ibu. adoiii mmg ngantuk giler laaaa...seb baik Ahad tu cuti. mmg aku aku zzzzzzzzz jela..huhuhu


***tahun depan leh wat lagi hehehe. nak pi mana pulak ye? ;)

At the final stage

Akhirnya...setelah sekian lama.. aku tinggalkan blog ni..huhu

Dah lama aku x update pape pasal pengajian aku kan?

Aku sekarang kat final stage. walaupunnnn lembab and x laju macam orang lain. tapi sekurang2nya aku dah siap thesis draft. Alhamdulillah sangat2...

Sekrang dalam proses pemurnian lagi dan InsyaAllah akan submit selewat2nya bulan 2.

Aku harap kawan2 doakanlah ye..semoga di permudahkan semuanya..



*** Ya Allah, ya tuhanku.. Sesungguhnya engkaulah yang menjaga hati2 mereka. Hati SV ku, para penilai tesisku, orang2 pentadbiran universitiku. sesungguhnya engkaulah yang berkuasa ke atas mereka. Ya Allah yang tuhanku, kalau datangkanlah perasan belas mereka terhadapku. agar aku dapat menghabiskan pengajianku dengan lancar dan mudah dan secepat yang mungkin. Agar mereka tidak nampak kecelaan yang ada pada tesisku; semoga aku beroleh kejayaan, Ya Allah. Agar mereka menerima ku untuk bertugas seperti biasa. Amin ya robbal a'laminll

Cuci telinga

Bismillah..

lama sungguh aku tak celoteh kat sini kan. pasal puasa/raya pon langsung tak ada..huhu busy sangat2 sejak balik ni.. aptb huhuhu

oklah ni edisi warm up before buat keje2 aku yang tertangguh tu. pasal cuci telinga..

[from Google]

nak dijadikan citer, sebenarnya aku mengalami telinga tersumbat sejak balik aritu. dia macam datang dan pergi..kejap kena dalam 5 6 hari kena pastu elok balik. aku pon ada beli eardrops kat farmasi and pegi klinik panel gak. sebelum2 ni aku kalau sakit pening mmg suka g klinik panel(swasta) je. sebab dekat ngan rumah. mmg sah2 pasal ear wax(tahi telinga) keras and dah tersumbat. huhu bukan sebab aku xbersihkan ye. sebab aku rajin sangat bersihkan la jadi camni..

hinggalah last week, happen lagi sekali. aku xleh tahan dah kali ni. dah la keje tengah menimbun. dahnak raya pulak tu. pastu bila telinga sumbat kita jadi pening kepala tau. sebab rasa kepala xbalance. kalau yg penah rasa maybe tau apa perasaan dia. so, aku dalam hati kata mmg takleh jadi ni. mmg aku nekad gak gi Pusat Kesihatan Universiti.

pastu hari khamis lepas aku pon pi lah..dengggg doktor kata mmg keras sangat. bahaya kalau nak cuci pon..so sekali lagi dia kasi ear drops untuk aku guna dulu lembut najis2 dalam telinga aku tu :P siap dia bebel, mesti awak guna eardrops yang beli kat farmasi tu awak guna tak betul. hehe nanti sat g pi kaunter ubat tanya akak tu camna nak guna..

Cara Guna Eardrops
So, akak tu pon dengan baik hati tunjukkan lah cara nak guna yang betul. rupa2nya bila nak titiskan dalam telinga tu make sure kita kena tarik cuping telinga kasi tegang. menurut akak tu, telinga kita ni wpun pendek sbnrnya tp dalam tu bentuk S. jadi kalau kita tarik, flow ubat untuk masuk tu jadi lagi lancar sikit. pastu dia pesan lepas tu terus tido je. jangan bangun2 balik untuk buat keje lagi.so ubat boleh terus bekerja.
 -----------------
so, seperti dijanjikan aku pon datang balik tadi. untuk check semula keadaan telinga. bila check doktor pon kata Alhamdulillah dah cantik dah. dah boleh cuci. huhuhu terus aku seram. emm sbnrnya bila aku google2 ada yang kata cuci telinga ni boleh batalkan puasa. tapi kebetulan aku mmg coti hehehhe

Cuci Telinga
huhu memula lepas aku baring atas katil tu ngeri gak tengok punya lah panjang besi akak misi tu keluarkan. adeh serammm wehh..haha tapi akak tu kata ok je taklah sakit sangat.

Pastu doktor pon datang untuk cuci telinga aku ni kan. doktor siap pesan banyak kali. kalau sakit cakap sakit or angkat tangan. aku sbnrnya tak tau apa diorang buat. tapi basically ada 3 steps la.. (i) pecahkan ear wax (ii) masuk ubat (iii) sedut ubat.

masa step (i) and (iii) tu mmg berasa la sakit dia. and yang aku perasan, mmg at one point tu akan rasa sakit. and, aku rasa doktor bukan saja2 pesan untuk cakap sakit tak tu.. bila kita sakit maksudnya dia dah takleh pegi jauh lagi. kalau terus lagi boleh terodok gegendang telinga. so kalau2 korang buat nanti, kalau rasa sakit tu terus cakap ok. jangan buat2 kuat n senyap plak :P

masa step (i) dia masuk besi tu, aduh macam grill pon ada juga aku rasa. hahahha ngeri x? pastu step (ii) dia masuk ubat untuk lembut kan earwax yang dia dah pecahkan tu and dia biar dalam 5 minit. pastu step (iii) baru la dia sedut balik kuat ubat and tahi telinga sekali

--------------
Alhamdulillah..hasilkan. terasa segarrr... ekekkee..  lesson learnt, jangan rajin2 sangat korek guna cotton bud sebab benda tu sbnrnya akan tolak dia masuk dalam. doktor kata nasib baik aku punya kes ni yg keras tu tersangkut kat tempat S tu so taklah teruk sangat. ada kes yang sampai ke gegendang dah and bernanah. tu yang bahaya and boleh sebabkan gegendang pecah kalau cuci. uhuk2 takut kan?

oleh itu, jagalah telinga anda..and nak cakap ni. aku sukeeee sangat PKU. huhuhu


***selamat mencuci. hehe

Sunburn

Aku sunburn dek kerana hari keluarga aritu.

And aku stress tgk muka sendiri yang bertompok gelap sana sini. kalau rata cantik la juga. miahahahhahaa

Sekian..


***keterlupaan nak pakai sunscreen.huhu

Family Day and Sport Day at LC

Semalam setengahari kami berhitam-hitaman kat padang. melayan sufia az-zahra punya family day utk Little Caliphs.. haha sebenarnya rasa best jugak sebab dah lama x join sukaneka. dulu masa kat Melbourne ada jugak sebenrnya tapi xdan nak join sbb time tu sufia baby pon lagi. so sape plak nak jaga anak den..

[a preparation for marching]
kami gerak pagi dari rumah dalam pukul 7.15am. terus ke Instititut Perguruan Tun Hussien Onn BP. hehe ingatkan dah lambat le tu. tapi tapi kami sampai gate tu, ramai je lagi orang baru nak masuk. so ok la takla rasa hampeh sangat.

yang kat gambo atas tu, adalah masa diorang siap2 nak berarak. so kena kumpul kat bawah khemah dulu. satu perkara funny time tu adalah, kawan2 rapatnya ada 2 3 orang dok datang kat dia and cubit pipi sufia masa sufia sampai tu. hahahhaha kelako. tetibe teringat aku masa tingkatan satu-tiga, kawan2 sekolah aku budak2 cina pon suke picit2 pipi I masa perhimpunan sekolah. cikgu berucap kitorang buat bising kat belakang :P

mmg seronokla tgk budak2 ni masuk acara. sufia pon ada masuk 2 acara. kelako memasing. lagi2 yang umur 4 tahun. mmg belom matang..ada yang siap cikgu pimpinkan tangan lagi.. hahhaha.. yang sufia pulak kawan baik dia si Damia dah menangis..menangis meraung2 lak tu. sufia memula cool lagi. lama2 dia macam pendam2 nak nangis. sekali ada satu point tu aku ngan teacher usik dia, terus meleleh air mata dia adoiii..anak aku turun gerimis jugak akhirnya.. aduh duh duh.. dah la berhingus. menangis pulak..kelako...

last sekali sebelum balik kitorang join game untuk family. tapi kitorang kalah haha sebab aku lembab :P  apa pon wpun rasa dah berkilat giler semalam and muka pon dah hitam dah ni, kira best la family day semalam. cuma sayangnya semalam cuaca panassss gile giler tu yang x tahan tu. and rupa2nya malam tadi nak hujan sebab tu kot siang tu panas yang amat..

insyaAllah kalau ada rezeki tahun depan join lagi..hehe


***semalam yang penat..




Kereta oh kereta

Recently kami menghadapi kesukaran pasal kereta. Mana tak nya dua2 nak pi keje. kereta pulak cuma satu..jadi nak tanak terpaksa lah kami meminjam kete abg kepada cik abg ku dulu. huhu kebetulan dia pon blom nak pakai kereta tu sebab biras aku belom keje lagi..

jadi sekarnag ni rasanya macam dah sampai masa je kami pk pasal beli kete sendiri..macam2 tgh consider. nak beli kete second ke. kete baru ke. nak beli kete baru cukup ke duit nak bayar bulan2? dengan nak bayar rumah lagi.. lagi pon nak beli kete ape? kalau boleh kalau beli baru mmg nak beli mpv sebab berbaloi sikit. senang kalau nak jalan ngan famili. nak beli kete second kete ape pulak yang ok. berbaloi ke.. second2 pon mahal juga.. tapi kalau beli second cash yang murah2 takde la pening hutang tiap2 bulan. aduhh pening2..


jangan marah la ek kalau kitorang tetibe terbeli Grand Livina jugak. hahahhahhahaha..tetibe tersama dengan abg I punyo kete plak.. kih3.. :D

***kalau la duit boleh petik kat pokok ek? bestnye :D :D

Perut buncit

[google mari]
hehehhee tu bukan gambo perut aku ek..tu hiasan semata2..

sejak balik msia ni aku selalu sindrom kelesuan, perut xsedap, sebu n buncit... tak lain tak bukan mesti sebab kat msia ni byk sangat makan jajan, keropok, cokelat n sebagainya..

aku ni dari dulu2 dari kecik korang pon dah tau yang aku mmg xreti diet..nak bersukan apa tah lagi. aku suka yoga, tapi lama2 bila sorang2 and dah lama x buat..semua jadi kelaut la kan..

hari ahad lepas sepanjang hari aku sakit perut. sebuuuu...pedih and sebagainya.. perut pon rasa keras semacam. nak 'ber' xnak pulak..mmg seksa la jugak.. rasa nak muntah pon ye.. jadi aku rasa kompem sebab aku xjaga makan..

so aku decide, the only way nak solvekan problem ni adalah aku mesti puasa. tu je caranya. mmg aku tau kalau aku puasa aku rasa badan aku lain.. rasanya dalam bulan jun ni mmg aku xde puasa lagi. thats why jadi camni..

hasilnya... memang terbukti berkesan. puasa mmg banyak manfaat. asalkan kita buat betol2.. time buka pon makan sekadarnya je.. lepas makan nasi, takde ngunyah pon. paling2 pon aku makan Daim je sebijik malam tadi.. minum pon aku minum teh o takde susu2 punya.. Alhamdulillah..baru sehari puasa aku dah rasa perut sangat ok. takde sebu n nak muntah lagi.. :)


***feeling determine..  :D

Dilla kembali lagi

Assalamualaikum.. ehehhe..

Cukup 6 bulan 15 hari aku xbersiaran kat blog ni..lama sungguh kan..

Sesunggunya betol2 xde masa pon nak jenguk blog sendiri apatah lagi baca blog orang.

sebenarnya ada banyak nak cerita.. cuma tak de masa and xtau nak citer dari mana..

so, insyaAllah slow2 la k :)

yang pasti aku dah kat Malaysia sekarang..

bagi sedara mara yang aku lom sempat jumpa lagi tu. inysaAllah raya nanti kita jumpa la k..


***slow slow... :)

1 January 2014

Happy New Year to all!


 *** Berusaha! :)