Dah banyak kali aku gugur. dah banyak kali aku terduduk dan dah banyak kali aku nak mengalah..
hinggalah satu masa dalam sebulan yang lalu..
aku rasa aku betol2 dah kalah..aku nak balik dan aku taknak teruskan semua ni..
aku rasa macam kerja gile..
kenape aku pursue phd at the first place. banyak lagi benda lain aku boleh buat dalam dunia ni.
in fact aku perempuan, aku keje je ape2 pon just untuk income tolong suami itu dah cukup dah..tanggungjawab cari nafkah yang utama bukan atas bahu aku..
dan pada masa itu..
sebulan yang lalu itu, aku menangis teruk2..
sebab aku rasa mmg bukan rezeki aku ni nak dapat phd..
aku patutnye redha je lah..
tapi..
suami aku kata..
dengan tenang..
mok..
mok dah start semua ni..
takkan mok nak stop..
cube bayangkan..
dah tiga tahun..
kenape mok nak stop?
sebab mok rasa mok buat keje sikit sangat?
sebab banyak lagi belom buat?
mok..
abang tau buat phd mmg susah..
abang tau cakap mmg senang la..
(mcm abang ni)
tapi mok cube fikir..
kalau mok berhenti sekarang rasa2 mok menyesal tak nanti? -AKU TAKDE JAWAPAN
mok..
mok takut empat tahun pon masih xdapat phd lagi?
dah banyak contoh..
ramai yang xhabis, ramai yang ambik extra masa..
takpe..
takpe kalau mok ambik 5 tahun ke 6 tahun ke..
takpe..
yang penting mok xmenyesal..
kata2 ni sampai hari ni tersemat dalam hati aku..
insyaAllah, kalau Allah izinkan aku ingin habiskan pengajian aku ni..
biarlah ape orang kate..
biarlah ape orang sebut..
yang penting aku cuba..
lebih malu kalau aku tak mencuba..
dan aku xnak menyesal sebab xmencuba..
semoga Allah permudahkan jalanku..
semoga Allah sentiasa memberi kerahmatan atas suamiku kerana sentiasa berdiri dikiri, kanan, depan dan belakangku..
semoga aku terus bertabah mengharungi hari2, bulan2 dan tahun2 sukar ini..
teruskan dilla. walaupun kau tak nampak jalanmu..teruskan tanpa henti..biarkan Allah sahaja tentukan kesudahan perjalananmu..
yang penting kau teruskan..
life is a learning process, and I learned new things each day..
aku harap kawan2 dapat doakan aku ye..amin
***phd 2013