Chicken and prawn pasta bake~

Bulan puasa..selain bulan untuk tingkatkan amal ibadat, bulan ni jugak biasanya mewah dengan makanan kan?huhu sana sini mesti citer pasal makan..aku pon xkurang jugak..dah bosan dah..asek2 lauk yang sama..semalam gara2 dah buntu aku masak je sardin..hahaha..senang kan?

tapi pagi tadi untuk sahur aku terlebih rajin sket..sebab teringin nak makan yang buat sendiri..so aku buat la.. aku dok kong-keng kong-keng kat dapur..budak kecik n bapak budak tu dua2 dah berdengkur..huhu

taraaa..ni la resepinye..sehingga menjilat sudu...uhuhu~



CHICKEN and PRAWN PASTA BAKE(2-3 orang)


1 cawan pasta(aku guna elbow)
garam secukup rasa
3 camca kecil minyak masak
sebiji bawang besar(yang kecil), di dadu
1 mangkuk kecil isi ayam,dipotong kecil2(pastikan tiada lemak2)
5 ekor udang, buang kulit dan dipotong dua
2 biji bawang putih, diketuk
1 cawan cendawan butang dicincang
4 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
3/4 cawan stok ayam(aku just gunakan 1 kiub ayam dicampur dengan 3/4 cawan air)
1 ~ 1 1/4 cawan susu
1/4 ~1/2 cawan grated cheddar cheese
lada hitam secukupnya
1 biji tomato didadu kecil
2~3 genggam daun bawang yang telah dihiris


Topping

1/4 cawan grated mozzarella cheese
1/4 cawan grated tasty cheddar cheese
(atau secukupnya)


Cara- cara:

1) Masak pasta mengikut instruction pada pembungkus, bubuh sikit garam dalam air ketika merebus. Toskan.

2) Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga naik bau kemudian masukkan ayam dan udang yang telah dicincang. Goreng dengan api sederhana hingga masak atau hingga warna keperangan. Masukkan bawang putih dan cendawan. Goreng lagi hingga masak.

3) Panaskan oven ke suhu 230 degree.

4) Cara menyediakan sauce: Di dalam periuk yang lain, panaskan butter sehingga cair. Masukkan tepung dan kacau rata sehingga nampak buih2 muncul. Masukkan stok ayam dan susu. Besarkan sedikit api. Terus kacau sehingga sauce menjadi pekat. Padamkan api. Masukkan cheddar cheesse, pepper dan garam. Kacau rata.

5) Campurkan pasta, sauce, daun bawang, tomato dan ayam tadi. Kemudian tuang ke dalam ovenproof dish.

6) Taburkan kedua2 topping cheese ke atasnya. Bakar selama 20minit atau hingga warna menjadi keperangan.

7) Sejukkan sebentar. Sedia untuk dihidang.

[before]

[after]

[yummy!!]

[sedia untuk dingap  :-D  ]



***makan cheese pepagi buta..uhuhuhu..~

2 comments

Ibu Aimy September 1, 2010 at 10:15 AM

perghhhhhhhhhhhhh best best la ibu sufi masak.. terliur i

DiLLaiLa September 1, 2010 at 11:23 AM

ehh..kak mas?hihi dah lama senyap sunyi nih..
hehe sila la try..main campak2 je nih..;-)