Jangan Guna Vicks Vaporub untuk Anak Bawah 2 Tahun!!

Ubat selesema didakwa beri masalah



CHICAGO: Penawar selesema popular yang kerap digunakan ibu bapa, Vicks VapoRub, dikenal pasti boleh menyebabkan masalah pernafasan di kalangan kanak-kanak di bawah usia dua tahun apabila disapu secara tidak betul di bawah hidung, kata penyelidik Amerika Syarikat semalam.

Mereka berkata, menggunakan produk Procter & Gamble Co (P & G) itu dengan cara berkenaan boleh menyebabkan saluran pernafasan kanak-kanak yang kecil membengkak dan dipenuhi lendir, menyebabkan masalah pernafasan teruk.

"Satu-satunya masalah yang kami lihat ialah pada kanak-kanak apabila ia disapu di bawah hidung," kata Dr Bruce Rubin dari Jabatan Perubatan Universiti Wake Forest di Carolina Utara, dalam temubual telefon.

Rubin berkata, bahan dalam Vicks boleh menyebabkan kegatalan, menjadikan tubuh mengeluarkan lebih banyak lendir untuk melindungi saluran pernafasan. Oleh kerana saluran pernafasan kanak-kanak lebih sempit berbanding orang dewasa, sebarang pertambahan lendir atau bengkak boleh menyebabkan ia menjadi lebih sempit.

"Syarikat menyatakan dengan jelas ia tidak boleh disapu di bawah hidung atau di dalam hidung bagi sesiapa pun dan tidak sepatutnya digunakan pada kanak-kanak di bawah usia dua tahun," kata Rubin.

Beliau dan rakannya mula mengkaji penggunaan ubat itu selepas merawat kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan yang menghadapi masalah pernafasan selepas salap itu disapu di bawah hidungnya.



Sumber: Berita Harian Online, 14 Januari, 2009


**DiLLaiLa~~ tapi rasa macam pernah nampak vicks untuk baby kat farmasi..ke aku salah pandang ek.. kompius..

5 comments

Nazariah June 2, 2010 at 10:56 PM

Kitorg selalu guna utk Hafiz kalo dia selsema tp tak letak kat hidung. Biasa letak kat leher, dada, belakang dgn ubun2. Biar bg dia mudah bernafas.

Kalo letak kat hidung dia menangis. Tempat2 lain pun takleh ke? Huhu....

DiLLaiLa June 3, 2010 at 7:57 AM

xtau la kak..tp sy btol2 rs penah nmpk vicks utk baby tu...tu pon xleh ke?

Nazariah June 3, 2010 at 10:19 AM

Tak tahulah la tp yg penting mungkin jgn letak kat hidung kot. Sbb kalo tempat lain pun xleh susah sikitla kalo baby selsema. Sian baby susahlah nak tidur sume...:(

liza June 5, 2010 at 1:57 AM

kalau baby ku ni xletak kat lubang idung mcm org dewasa sll buat.. mak kt suruh letak kat batang idung je bg lega sikit..huhu

Farah July 27, 2015 at 6:17 PM

Bismillah,

vicks yang tutup pink boleh guna untuk anak bawah 2 tahun.
pe2 dapatkan rawatan di klinik/hospital dulu.