Cara mengendalikan EBM
Labels:
Preggy Me~
Hehe..actually post ni den copy yo dari blog cik liza tu ha...mekacih liza...=) sebabnye rase info ni mmg sangat berguna..n aku boleh gunakan pada masa akan datang buat rujukan..especially bile sampai masanye..;-)Penyusuan ibu tidak perlu dihentikan walaupun ibu bekerja. Ibu perlu membuat lebih perancangan dan persediaan sebelum mula bekerja. Pekara yang paling penting adalah mempelajari bagaimana caranya untuk memerah susu ibu, mengamalkannya dan melatih bayi untuk mengambil susu itu.
Masa untuk mula memerah susu ibu
Mula belajar memerah dan menyimpan susu ibu 1 hingga 2 minggu sebelum mula bekerja. Lakukan untuk selama 15 hingga 20 minit.
Teknik memerah susu dengan menggunakan tangan
* Cuci tangan menggunakan air dan sabun.
* Lakukan urutan perlahan-lahan pada payu dara ke arah puting atau tuam panas selama beberapa minit sebelum melakukan perahan untuk membantu pengaliran susu.
Cara-cara:
1:Letakkan ibu jari di areola di bahagian atas puting dan jejari yang lain di bahagian bawah payu dara.
2: Picit payu dara menggunakan ibu jari dan jari-jari pada masa yang sama ke dalam menghala kebahagian dada.
3:Pusing dan perah dari semua arah.
4:Lakukan yang sama kepada payu dara yang sebelah dan apabila telah bersedia lakukan semula kepada kedua-dua payu dara.
**Perhatian: Jangan urut dari bahagian atas payu dara.
hmm...nowadays rasenye ramai orang pon dah guna breastpump kan..;-)
Menyimpan susu yang telah diperah.
* Simpan susu yang telah diperah di dalam bekas kecil, cukup untuk sekali penyusuan.
* Biarkan seketika susu yang telah diperah untuk menurunkan suhunya, kemudian label bekas sebelum menyimpan ke dalam peti sejuk atau tempat beku.
* Susu yang telah diperah boleh disimpan pada suhu bilik 26 oC selama 4 jam, di dalam peti sejuk (fridge) untuk 2 hingga 3 hari dan di dalam bahagian sejuk beku (freezer, lazimnya peti sejuk yang mempunyai 2 pintu) adalah selama 3 bulan.
Menyediakan susu yang telah diperah untuk bayi anda.
* Susu yang telah diperah perlu disuamkan terlebih dahulu sebelum diberi kepada bayi.
* Susu yang telah dibekukan, perlu dibiarkan cair dengan meletakkannya di dalam peti sejuk selama 6 hingga 8 jam
atau dengan cara meletakkan bekas dibawah laluan air paip.
* Jangan cairkan susu pada suhu bilik.
* Rendamkan bekas susu yang telah diperah ke dalam air suam. Jangan gunakan air yang panas kerana ini akan menyebabkan susu bertukar pekat dan bergentil.
* Susu yang diperah tidak boleh dimasak atau menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk tujuan memanaskan atau mencairkannya.
* Suhu susu yang sesuai boleh diuji dengan menitiskannya sedikit dibahagian pergelangan tangan(wrist)
* Susu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk mesti diberi kepada bayi dalam masa 1 jam. Susu yang tidak diminum atau susu yang selebihnya tidak boleh dibekukan semula.
Mengajar bayi minum susu yang telah diperah.
* Anda dinasihatkan melatih bayi minum susu yang telah diperah 2 minggu sebelum anda kembali bekerja.
* Gunakan jadual berikut sebagai panduan:
Source : Malaysian Breastfeeding Advisory Association
Hari 1-3 : Penjaga perlu memberikan susu yang diperah kepada bayi hanya pada waktu sarapan pagi. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu.
Hari 4-6 : Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi dan waktu minum pagi Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu pada waktu-waktu yang lain.
Hari 7-9 : Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi, waktu minum pagi dan waktu makan tengahari. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu.
Hari 10-13 : Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu siang dan ibu susukan bayi dengan susu ibu pada sebelah malam.
sumber MyHealth &CARI Forum
ermm...ada kemusykilan la..."Simpan susu yang telah diperah di dalam bekas kecil, cukup untuk sekali penyusuan"..
1)berapa kuantiti terbaik tu ek..?
2)dalam setiap berapa jam biasanye kite perlu feed baby..?
3)kuantiti susu tu berubah tak biler baby meningkat umur?
soalan tambahan:
4) boleh tak kalau kite tuang sket susu yang dah letak dalam refrigerator tu dalam feeding bottle pastu baki tu kite simpan balik dalam refrigerator?rasanye mesti xde masalah kan?
5) baby perlu kite beri air suam tak?
hehe..sape la yang leh tolong jawab ni ye..
**DiLLaiLa~~ tertanya2...
9 comments
-kuanti ti tu..kena agak2x..trial and error..memula 2oz je cukup..klu tak next time lebih kan.
-frequency tu depends pada baby..so klu nak bagi ebm pun follow that frequency la..
-of course berubah..makin besar tapi semestinya makin banyak..mungkin lebih kerap..sometimes bagi banyak tak habis..kan membazir..ebm klu dah guna tak elok simpan semula
thanks kak ayu..=)
cuma kadang2 terpk..rasa2nye biler kite nak feed baby mesti takes time juga untuk normalkan suhu susu guna teknik rendaman tu..kalau boleh tau frequency baby minum mesti lebih mudah kan sebab kite boleh budget masa..
actually saya masih ada beberapa kemusykilan lagi..hihi..
1) boleh tak kalau kite tuang sket susu yang dah letak dalam refrigerator tu dalam feeding bottle pastu baki tu kite simpan balik dalam refrigerator?rasanye mesti xde masalah kan?
2) baby perlu kite beri air suam tak?
harap2 la ada sesape yang baca kemusykilanku ini..hihi..
Dulu masa akak, bg juga air suam utk Amna n Hafiz sbb diorg kerap sedu. Kalo bg air suam cepat sikit hilang sedu tu. Amna n Hafiz 1st day dah sedu kat hospital. Kuat plak tuh.
Tapi kalo kat hospital jgn kasi nurse nampak sbb diorg ckp air suam xde khasiat (nurse msia, sini x tahulah). Tp pd akak ok, sebab amna n Hafiz jarang kena sakit tekak smpilah besar.
oo itu ke kegunaan air suam sebenarnye..bagus juge ek..kalo jarang kena sakit tekak maksudnye kurang sket risiko nak demam...
Memang punla. Alhamdulillah sgt Hafiz ngan Amna mmg dah tak kena demam sejak yg memula tiba sini tau. (Yg demam dari Msia.
Amna kalo rasa nak sakit tekak je akak kasi air suam. Hafiz pun ok je suka minum.
Jadi, Ila kalo baby sedu kat hospital nanti tahulah nak buat ape kan. Sbb akak masa Amna tak tahu, jadi bila dia sedu akak bwk dia jumpa nurse. Dah nurse yg jaga Amna sepanjang mlm. Lawak je.
dah dapat jawapan tak utk soalan ni..
1) boleh tak kalau kite tuang sket susu yang dah letak dalam refrigerator tu dalam feeding bottle pastu baki tu kite simpan balik dalam refrigerator?rasanye mesti xde masalah kan?
saya pun musykil hal yg sama...
shara: aáh takde masalah je..boley je buat macam tu..tuang sket dalam botol..baki nye letak balik dalam refrigerator..cume yang dalam peti ais(bawah) mmg kena habiskan dalam tempohnye..bergantung la, susu tu asalnye dari peti ais sejuk beku(atas) or mmg fresh lepas pam..harap membantu...
okay.. thanks.. kalau dari peti sejuk beku, kene guna within 24hrs kan? kalau fresh lepas pam boleh pakai balik within 2-3 days la kan?
yup...btol tu...;)
Post a Comment