The beauty of Ramadhan

Bulan ramadhan sgt special berbanding bulan2 lain. but, among yang significant for Malaysian Muslims antaranya about bazaar ramadan lah kan.. or i prefer to call it as 'param'.hehe

actually same je mane2 muslim dlm dunia ni pon aku rase mmg sangat menghargai food time bulan puasa ni. mesti nak cook extra special food, buy expensive food(cthnye buffet??-sampai sekrang pon aku rase makan buffet tu membazir!), sanggup drive berkilometer2 for food, etc. more food than usual. ironinye bulan puasa ni sepatutnye bukan bulan makan2.sepatutnye bulan menginsafi diri dengan menahan diri dari lapar. kurangkan makan..bile buka puasa pon xboley lah over2.

back in malaysia, kami mmg macam ni lah. beli kuih 2 3 macam. air 2 3 plastik. mee goreng lagi..kuey tiow goreng lg(mcm tak penah makan je..ahaha) beli beria2..sedap xsedap tu another story lah..hehe tu belom campur lg yang masak sendiri.emm hidup berdua. byk mane la makan kan? last2 makan xabes. konon simpan dalam peti ais, nak makan esok, tapi jangan diharap la ye. besok pon beli yg lain jugak. mmg sangat susah nak buang habit ni kalau aku kat msia pon. harap2nye perangai ni xlah singgah balik lepas ni...heeee :D

tapi yang beauty nya ialah..muslims are like brothers and sisters. we share our food among each other. kasi orang sane sket..kasi sini sket..InsyaAllah akan ada rezeki balik kat kite(tp janganlah kau tunggu ye..jgn pulak bising2 kalau kawan tu xbalas makanan..haha xikhlas namenye tu). insyaAllah akan dapat lah juge dari jiran2...sejak aku kecik2 pon mmg dah biasa dah kena jerit dengan ibu, "Ila..ni anto gi umah Wak Ru ni", "Ilaaaa...ni anto gi umah Cik Yam ni..." adoiii..org dah dah la letih puasa, kena suruh2 pulak ye..hep2..mane berani lawan..pegi jugak lah wpun dlm hati xpuas hati..name pon budak..hehehe mmg Ila lah yang kena kan..sebab Ila yang besor. almaklumlah beza umur ku dengan adik 7 tahun jaraknye..hehe

Hidup dirantau orang, insyaAllah kite pon xmiskin dengan saudara seIslam. di mana2 ada muslim. hari ni saje aku dapat dua plate dari jiran. Alhamdulillah, jazakaAllah saudara2 ku..padahal yang aku masak petang ni cumelah roti jala dan kari ayam saje. tibe dah jadi 5 jenis pulak atas meja ni.  harap2 boleh la habiskan ye hari ni..hihi kalau xabes terpaksa la cik cupi tolong makan besok. itulah breakfast, itulah lunch..untuk makan petang, ibu janji ibu masak ye sayang..ibu janji!!haha(xyah janji pon mmg kena masak pon) ;p



***Ramadhan bulan keberkatan..

Bile ibu tension

Bila ibu tension, boring dan stress, maka anak jadi mangsa. Tapi saya tak dera anak ye..dera dalam kertas je..konon nak lukis muke anak, tapi xtau la jadi muka sape ni..sian die gambo xcantik..ibu dah lame xmelukis..senget sane sini..huu

[gambar ori di FB]

gambar ni mmg xcantik...I tahu..tapi x tak kesah pon..I pon bukan pelukis..huahuhua jadi hatiku rase tenang tgk gambo budak kecik ni..ada orang kate kate I, bile rase sedih tgk lah muka yang tersayang.. :)

***kalaulah research semudah ini, conteng sane conteng sini dah siap...biar xcantik pokn ;(

Lost

Sometimes I feel so lonely and I am so lost. I don't know if I going to finish this journey. I don't know where it will end. I am just trying to hold on till the end. But I don't know if I am strong enough. I am lost. And feel like wanna run away. Far far away from everybody. Far from my SV, far from my uni, far from hubby and DD. Far from everyone. I want to sit quietly in a deep hole so no one will ever find me.


***Ya Allah, please lead my way.

Segmen : Nostalgia Ramadhan

Alhamdulillah..hari ini hari pertama kita berpuasa. Bersyukur masih dberi kesempatan menjenguk Ramadhan. Semalam aku di'tag' of one of my friends; Zira..Zira ajak join contest kat sini. So apa salahnya, mana tahu ada rezeki menang Quran Digital. Mudah-mudahan, amin.

Cerita yang aku nak kongsi ni bukanlah cerita zaman kanak-kanak mahupun cerita 10 atau 20 tahun yang lalu. Cerita ini masih baru dan masih segar dalam ingatan aku. Seperti yang rakan-rakan sedia maklum, 2 tahun yang lalu pada 3 July aku melahirkan puteri dalam hidup kami. Alhamdulillah sangat bersyukur dengan kehadiran Sufia dalam hidup kami. Aku bersalin di negeri orang, dan haruslah berpantang dinegeri orang. Dengan hanya dibantu suami, Alhamdulillah aku melalui tempoh berpantang dengan seadanya.

Harapan aku seperti ibu2 yang lain, ingin menyusukan anakku dengan setiap titisan susu yang Allah kurniakan. Itu mmg janjiku sebelum Sufia dilahirkan. Tapi apakan daya, aku mengalami masalah dalam menyusukan. Tak perlulah aku ceritakan dengan detail disini. Sedih mmg tersangat sedih. Ketika itu susu tersangat banyak. Kawan2 menasihatkan itu dan ini. Tapi sebagai ibu baru, dan sokongan ibuku hanya dari jauh, aku kalah dah xberdaya nak berusaha lagi. Apa yang aku boleh lakukan hanyalah mengepam susu tu untuk Sufia. Sehinggalah tiba bulan puasa, aku juga dah boleh berpuasa. Maka aku terus juga pam susu ibu dalam keadaan berpuasa.

Ketika itu dalam 10-12 hari berpuasa. Mmg aku rasa badan agak kering hari itu. Kulit disekeliling bahagian yang dipam tu tak boleh digambarkan, betapa pedih, luka dan darah yang dah mula keluar. Tapi luka itu bukanlah apa2. Ya, mungkin rasa pedih dan sakit. Tapi aku ttp OK. Aku teruskan jua. Pagi, tghr, ptg, malam. Bila2 anakku tidur pasti aku pam. Demi untuk Sufia. 

Dua tiga hari selepas tu, aku pam seperti biasa. Production mmg semakin kurang sejak akhir-akhir itu. Aku buat aktiviti sambil menonton tv. Setelah 10minit pam aku rasa, mcm sedikit sangat susu yang keluar. Selepas 20 minit baru aku check semula. Aku sangat terperanjat bila separuh botol kecil tu hanya dipenuhi susu dan darah. Ya Allah, aku betol2 rasa nak pitam bila tengok botol susu sendiri. 

Keesokannya aku cuba lagi, masih lagi berdarah. Ketika tu suami aku dah nasihatkan supaya campur susu anak dengan susu FM. Terasa sedih sangat2. Tak tergambar kesedihannya. Aku cuba tapi aku tak mampu. Mungkin bagi sesetengah orang, its not a big deal. But to me, it is a big deal. Ketika aku menulis ni pon aku masih lagi menangis. Walau macam mana pon bersyukur pada Allah sebab bagi peluang Sufia merasa susu ibunya. Terima kasih Ya Allah.


Aku tag: Kak yam and Kak Naza :)

***Kenangan.

Ramadhan kembali

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan...Ramadhan Kareem...

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk melalui Ramadhan, bulan yang penuh berkah. InsyaAllah kat tempat kami puasa bermula hari Sabtu ni. Rasanya Malaysia pon same kot.

Menyambut Ramdhan di bumi orang semestinya sentiasa sederhana. Masak dan makanan semua bersederhana. Masak satu atau 2 lauk and 1 kuih(kalau ada). Air pon sejenis. No fancy2 drinks mcm kat Msia. Aku suka sangat macam tu. Memang tu pon yang disarankan sebenarnya. Berpuasa bukanlah untuk makan yang hebat2 dan dahsyat2 dipengakhiran hari.

Semoga aku dapat bawak balik budaya ni dalam keluarga kecilku bila balik for good nanti. 

Untuk kawan2,  saya ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan. Semoga kita semua dikurniakan kekuatan untuk gandakan amal ibadah. Amin..



***Harap dapat la 'sambut' Ramadhan Sabtu ni..huuu dah 2 thn xsambut :'(
 

Chicken and Mushroom Pie

Bila dah nak menjelang Ramadhan je, mulalah tekak aku ni nak makan yang creamy2 punye food. Yang selalu mesti aku buat tiap2 tahun adalah pasta baked. Huhu masak buat sahur, mengarut ek pagi2 buta makan cheese? hik2..

Hari ni punye citer, dah la dah lama xbuat benda2 centu, pastu tgk dalam peti ais pulak, byk nye benda yang dah tinggal sket2 tapi xabes. kalau xbuat2 pape confirm buang. so, untuk pak ince' balik kije arini, aku buat chicken and mushroom pie. kebetulan mmg dah lame teringin nak buat. biasa makan orang lain buat je..so aku tepek kat sini la ye resepi nya. Resepi asal in English, and detail sket tapi aku dah senang2kan resepi ni. hehe biasala aku kan. nak masak yang senang je.. :D

Chicken and Mushroom Pie
Bahan-bahan
  • 2 sb minyak
  • 3 keping isi ayam (dadu)
  • 6biji cendawan butang fresh (dadu)
  • ------------------------------------------------
  • sebiji bawang besar(kecik sket)- dadu
  • sebiji bawang putih – dadu
  • ------------------------------------------------
  • 3 sb butter
  • 2 sb tepung gandum
  • 300ml fresh milk
  • 200ml air + seketul kiub ayam
  • less than ¼ st serbuk kayu manis(ground cinnamon)- resepi asal guna nutmeg
  • ½ st++ white pepper
  • garam
  • segenggam parsley(any fresh herbs you have in hand-aku guna coriander je)
  • pastry-ready made
  • telur sebiji-pukul

Cara-cara:
1)   Panaskan minyak dalam pan, goreng ayam sampai tukar wana jadi putih, masukkan cendawan and goreng sampai ayam tukar jadi brown color. Keluarkan dari pan, masuk mangkuk.
2)   Guna pan yang sama, masukkan bawang besar+ putih, and goreng sampai layu sket. Pindahkan masuk dalam mangkuk ayam.
3)   Campurkan susu, stok ayam, garam, pepper, ground cinnamon, herbs. Make sure dah cukup rasa, so pandai2 la balancekan rasa.
4)   Dalam periuk, cairkan mentega and masukkan tepung, kacau constantly sampai die jadi buih2. Pastu masukkan campuran pada step 3. Kacau + masak sampai pekat. Kalau rasa2 macam takde tanda2 nak pekat, korang masukkan je lagi ½ sb tepung(belasah je- xde sape marah pon ;p )
5)   Bila dah pekat masukkan ayam+mushroom tadi. Masak sampai betul2 pekat. Sejukkan.
6)   Panaskan oven 200degree.
7)  Bila dah sejuk, boleh lah masukkan kedalam pie dish and tutup dengan pastry. Kalau pie dish tu x de, kerat2 je pastry tu jadi 4 bhgn ke, pastu bubuh inti(macam buat karipap tu). Tekan2 tepi2 die guna garfu and sapu telur atas pastry.
8) Bakar 25minit-30minit or sampai brown.
gambar xde, baru keluar oven terus kena ngap, xsempat sejuk pon. ada la tinggal sket tu tapi malas la nak amek gambo.hehe

***dah kenyang. tido. good :'D

Main snow


Semalam kami pegi main snow kat Mt Buller. Nak tanak mmg kena pegi juge, sebab kereta dah sewa awal2. Mula2 nak pegi dekat je, nak gi Lake Mountain. malas nak gi jauh2. aku pon belom sihat sangat. tp much better la dari 2 3 hari lepas. aduss mmg xlarat btol demam kali ni. batuk pon siap berdarah2..

ermm  bile tgk snow-cam, aduhai togel gile snow xde.. so terpaksa la pegi Mt Buller gak, 3 jam drive. trip kali ni malas nak citer panjang2. badan penat lg..gambar pon xtgk habis lagi..hehe..so aku just upload kat sini video je..

yang pasti trip gi Mt Buller tahun ni mmg banyak tragedi..=.=' dengan sufia yang buat perangai die, mcm biasala sufia..tahun lepas pon sama gak, suruh pakai baju and kasut je terus la melalak. terus badmood sampai balik..aduss... tp ok la sket dari tahun lepas. thn lps lagi teruk, sekeping je gambo sufia ada.haha

pastu time dah kat atas gunung, kami terpisah sebab kitorang pegi sewakan sufia boot yang lain, diorang dah main tobogan kitorang masih terhegeh2 lagi kat kaunter..time balik pulak kami dah tercalarkan kereta sewa so kena bayar sampai 400...pastu kawan pulak on da way nak gi tempat hantar kete sewa tu accident pulak- maybe kena bayar sampai 1000. ya Allah mmg dugaan betol..=.=' xpelah dah tertulis mcm tu kan. hmm mmg sedey la biler jadi camni, tp biler ingat balik kenangan mase main snow terlupe la jugak problem yang ade nih. huuu

so layan jelah video sengal aku ni ye..ince' aren kate aku gedik dlm video ni..huuu sampai ati...yang penting korang abaikan je lah tangan aku yang asek nak dok melambai tu ye..mcm pelik lak aku rase..huhu



***memori+tragedi

patut la

patutla amina dikeluarkan dari Masterchef. banyaknye masak babi kat Italy nun..

babi golek pon ade..huhu..




***tengok jeling2 je..hehe

irma & redza

baru2 ni irma diijabkabulkan..hehe ok la tu..aku pon xnak citer panjang2, sebab blog ni bukan blog artis..hihi

yang paling xtahan tu..ince' aren ku boley cakap..abang sebagai orang laki pon boley rase yang laki irma ni hensem..macam yusri kru pon ade juge..dah la hensem..kaye..anak datok...muke baik..(huhu ni ayat die le)














***Alhamdulillah, tu namenye jodoh, kan?

Laksa Johor

As a Johorean, mmg tak pelik kalau aku minat giler dengan laksa johor. tapi yang peliknye, aku umur dah banyak baru rase laksa johor ni..ekekkee...dulu ibuku mmg xpenah masak laksa(hihihi biasala kan mak2 masak ape yang die minat nak masak je lah) same gak cam aku sekarang..hehe..

recently mmg pantang kalau dengar kawan2 buat laksa johor, suke je aku ngan ngendeng..keh3..nak buat sendiri malas+xreti pulak tu..ermm tapi akhirnya aku dikurniakan kekuatan untuk masak juge laksa ni...hati ni rase meronta2 nak masak..maka siang tadi terhasillah laksa johor ni..maybe xsehebat yang org lain buat, tapi cukup hebat ditekak ince' aren ku..heee ok la tu kan..resepi asal oleh freeda_3210 kat myresepi, tq ek freeda..tapi dah ku olah mane yang patut supaye sonang next time tak yah nak byk2 sangat menyukat. resepi ni dah aku kurangkan kepada half, sebab resepi asal byk sangat kot.. yang nak makan kami 2+1 org je..yang kenit tu pon blom tentu nak makan..

hehe aku pon guna spageti, sebab dah biasa sangat guna spageti and andai kata balik msia nanti xtau lah aku akan carik laksa yang putih tu ke tidak ;p
 
Laksa Johor


Bahan-bahan:
  • 1/2 paket sphagetti (direbus)
  • --------------------------------------------------------------- 
  • **Bahan A - (direbus dan dimesin - asingkan)
  • 500g isi ikan(aku guna tuna cutlet je), biasa orang guna ikan kembung/kurau
  • udang basah buang kulit - 2 ekor
  • segenggam kecik udang kering
  • ---------------------------------------------------------------
  • **Bahan B (dimesin)
  • bawang besar - 1 1/2 biji
  • cili kering - 8 tangkai(ikut suka pedas yang mau)
  • halia - 1 inci
  • lengkuas -1 inci
  • kunyit hidup - 1 inci
  • bawang putih -3 ulas 
  • --------------------------------------------------------------- 
  • serai -1 batang diketuk
  • asam keping - 1 keping
  • santan pekat 1/2 tin++
  • 1/4 - 1/2 paket kerisik
  • 1 1/2 sb rempah kari
  • --------------------------------------------------------------- 
  • **Accecories**
  • limau kasturi/lemon
  • timun di racik halus(buang dulu isi yang lembik tu)
  • tauge
  • bawang besar hiris halus
  • lada merah/lada hijau dihiris
  • Daun kesum(hiris halus)
  • daun selasih (hiris halus) aku xbubuh pon
  • sedikit bunga kantan diracik halus(aku x bubuh pon)
  • sambal belacan(aku malas nak buat hehe)
 Cara-cara: 
  1. Panaskan minyak dan tumis serai sekejap kemudian tumis bahan B 
  2. Bila dah naik bau, masukkan serbuk kari(bancuh dengan air sket)
  3. Bila dah kering sedikit dan pecah minyak, masukkan Bahan A, kerisik dan semangkuk air.
  4. Perasakan dengan garam and gula-jgn byk2 sangat, nanti adjust lg.
  5. Masak dgn api perlahan sampai kuah pekat- lbey kurang sejam++, lagi lama masak lg bagus katanye- tahan lama.
  6. Bila dah pekat adjust lagi garam and gula.


*** sedap beb resepi ni..thumbs up!;)

Pakcik gas datang melawat

Hehe tajuk xsesuaiii...sebenarnye xtau nak tulis ape..so belasah aje..


kisah nye malam tadi technician dari gas supplier datang rumah kami. gara2 ada paip gas bocor..huhuhu aku mmg dah agak dah ada paip bocor. dah 3 4 minggu kot..rasenye sebelum earthquake itu ari pon dah cium bau gas. tapi ince' aren ku asek kate tu bau cempedak la...bau durian la...huhuhu...cempedak sangattt...

lepas jemput kawan2 datang makan minggu lepas, aku makin confident tu mmg bau gas. sebab ada sorang akak ni pon cakap benda yang same. actually masa makan2 tu kitorang buat BBQ sket kat luar..aku mmg risau jugak mase tu..dengan api bbq nye..dengan org isap rokok lagi..kot la betol tu gas bocor takut juge ape2 jadi..time tu mmg xconfirm lg la tu gas bocor.

pastu last week aku push ince' aren soh call sape2 la yang patut kan...die pon call agent rumah. agent rumah call gas supplier. so tghr tu ada la orang datang check. tapi xtau pon mase biler tah die dtg. tibe2 ada la die tinggalkan kertas sekeping. rekod yang dia ada datang check. so kitorang pk maybe xde pape kot..maybe perasaan kitorng je bau tu..

dalam tempoh seminggu ni mmg kejap ada kejap xde la bau die...maybe suhu sejuk ke mempengaruhi juga. sampailah subuh tadi aku bangun subuh, aku dah bau gas dalam bilik. seramnye rase time tu..banyak kan kes orang mati terhidu gas? hmm ptg tadi terus ince' aren call lagi org gas tu cakap still bau. pastu sejam lepas tu ada org datang. siap bawak alat lagi untuk check. alat tu mcm utk detect kalau2 ada gas bocor underground. pastu die kate tu leakage serius. dalam hati kitorang, cemane la orang yang check aritu tu boley xdetect pape ek. padahal bau mmg kuat giler. pakcik technician tu kate kena buat hari ni jugak. mase tu dah dekat maghrib la..kol 5 centu..

pastu kol 1030 tadi diorang datang..korek2 tanah malam2, tampal yang mane patut tu and timbus balik tanah dengan kemas nye..rase macam takde pape yang berlaku pon..ince' aren kate mmg besar la bocor die...memancut2 gas tu keluar..eee seram weh...ermm pape pon mmg salute la ngan org sini buat keje..kemas sungguh..terima kasih pakcik gas..ermm dalam tempoh sebulan ni macam2 boleh jadi sebenarnye dengan kehadiran gas bocor  tu..Alhamdulillah Allah masih lindungi kami...


***lega sangat bau gas dah takde..and Alhamdulillah bocor sebelum meter rumah, kalau x...erkkkkkk

kenape mereka merungut, mengutuk dan mengeji?

ermmm tajuk entry ini ada khas dan semata2 untuk sesetengah peminjam PTPTN yang bukan main lg berapi2 terbakor2 berucap kat facebook nun. sesetgh saje ok..and aku perati sejak dua menjak ni mcm makin berapi2+makin ramai pulak jadinye..bukan main lagi marahnye..rugi riban2 ler..bayo bunga je le..tanggung hutang sampai anak cucu le..duit downpayment kete lagi bagus le...etc etc the list goes on..

at the first place, kalau dah tau PTPTN tu bunga beso yang ko hegeh2 nak pi pinjam tu apehal??yang ko gatai nak gi apply apehal? sebab xde duit?kan? haa tau pon xde duit...dah PTPTN nak kasi pinjam pon dah kire bagus. kalau bijak bistari sangat mengira bunga PTPTN tu, apsal x mintak biasiswa je? haishhh mmg la btol bunga die beso, laki I pon peminjam PTPTN ok..I paham ler..tp dah nak buat guane...biasiswa pon xdapat..xde rezeki..bayo aje le..lain le anak datok ke, anak tokey balak ke..xyah pinjam duit pon xpe nak pi belajo nun...adusss sume org kan rezeki lain2..

hmmm aku mmg bengkek sket la biler terbace luahan2 panas camtu. huhu aku pon bukan sokong PTPTN tu buat bunga beso2. tapi at least xyah la nak sumpah seranah. in public pulak tu..kalau dalam selimut sendiri tu lain la juge...macam xsedar diuntung pon ye gak. nampak sangat awak nye keperibadian tu cemane ye..dah keje bagus tu bayo je lah.. adik2 kite pon byk lg yang memerlukan duit tu nak sambung belajo. 

apedaaa...dulu hegeh2 nak pinjam pastu suruh bayo nak sumpah seranah lak..


***isk..


Happy 2nd Birthday My Girl!

Alhamdulillah..kalau dikenang2 balik 2tahun yang lalu, perit juge ye nak bersalinkan Sufia...huhu biase la tu pengalaman bersalin kan lain2..mudahh2an yang seterusnye mudah je..

Hari ni Sufia dah 2 years old. Kalau naik AirAsia kire dah tiket sendiri dah..huuu 

Alhamdulillah dah byk sgt progress Sufia..walaupun belum pandai bercakap dengan lancar. tapi ada la dah bunyi2 sket2..2tahun ni ibu tak dapat bayangkan kalau Allah belum kasi sufia kat ibu and ayah lagi...mesti sunyi je..boring je...xdapat ibu bayangkan.owh tidakkk!!xmo bayangkan pon.. ;(


[birthday girl mengaruk nak cupcake lg..haha ;p]

[from ibu with luv]
InsyaAllah ibu doakan Sufia terus membesar dengan sihat dan kuat. Dikurniakan mental dan fizikal yang hebat, bijak dan cergas. Mudah2an Allah jauhkan Sufia dari sebrang penyakit pon...ibu kesian tgk sufia asyik demam and selsema je.. Semoga Allah beri keselamatan dan keberkatan kepada Sufia. Semoga Sufia membesar menjadi anak yang solehah dan jadi insan yang berguna untuk keluarga, agama dan bangsa. Amin.

We love you, Sufia!


 ***Hadiah ditangguhkan..kikiki