Segmen : Nostalgia Ramadhan

Alhamdulillah..hari ini hari pertama kita berpuasa. Bersyukur masih dberi kesempatan menjenguk Ramadhan. Semalam aku di'tag' of one of my friends; Zira..Zira ajak join contest kat sini. So apa salahnya, mana tahu ada rezeki menang Quran Digital. Mudah-mudahan, amin.

Cerita yang aku nak kongsi ni bukanlah cerita zaman kanak-kanak mahupun cerita 10 atau 20 tahun yang lalu. Cerita ini masih baru dan masih segar dalam ingatan aku. Seperti yang rakan-rakan sedia maklum, 2 tahun yang lalu pada 3 July aku melahirkan puteri dalam hidup kami. Alhamdulillah sangat bersyukur dengan kehadiran Sufia dalam hidup kami. Aku bersalin di negeri orang, dan haruslah berpantang dinegeri orang. Dengan hanya dibantu suami, Alhamdulillah aku melalui tempoh berpantang dengan seadanya.

Harapan aku seperti ibu2 yang lain, ingin menyusukan anakku dengan setiap titisan susu yang Allah kurniakan. Itu mmg janjiku sebelum Sufia dilahirkan. Tapi apakan daya, aku mengalami masalah dalam menyusukan. Tak perlulah aku ceritakan dengan detail disini. Sedih mmg tersangat sedih. Ketika itu susu tersangat banyak. Kawan2 menasihatkan itu dan ini. Tapi sebagai ibu baru, dan sokongan ibuku hanya dari jauh, aku kalah dah xberdaya nak berusaha lagi. Apa yang aku boleh lakukan hanyalah mengepam susu tu untuk Sufia. Sehinggalah tiba bulan puasa, aku juga dah boleh berpuasa. Maka aku terus juga pam susu ibu dalam keadaan berpuasa.

Ketika itu dalam 10-12 hari berpuasa. Mmg aku rasa badan agak kering hari itu. Kulit disekeliling bahagian yang dipam tu tak boleh digambarkan, betapa pedih, luka dan darah yang dah mula keluar. Tapi luka itu bukanlah apa2. Ya, mungkin rasa pedih dan sakit. Tapi aku ttp OK. Aku teruskan jua. Pagi, tghr, ptg, malam. Bila2 anakku tidur pasti aku pam. Demi untuk Sufia. 

Dua tiga hari selepas tu, aku pam seperti biasa. Production mmg semakin kurang sejak akhir-akhir itu. Aku buat aktiviti sambil menonton tv. Setelah 10minit pam aku rasa, mcm sedikit sangat susu yang keluar. Selepas 20 minit baru aku check semula. Aku sangat terperanjat bila separuh botol kecil tu hanya dipenuhi susu dan darah. Ya Allah, aku betol2 rasa nak pitam bila tengok botol susu sendiri. 

Keesokannya aku cuba lagi, masih lagi berdarah. Ketika tu suami aku dah nasihatkan supaya campur susu anak dengan susu FM. Terasa sedih sangat2. Tak tergambar kesedihannya. Aku cuba tapi aku tak mampu. Mungkin bagi sesetengah orang, its not a big deal. But to me, it is a big deal. Ketika aku menulis ni pon aku masih lagi menangis. Walau macam mana pon bersyukur pada Allah sebab bagi peluang Sufia merasa susu ibunya. Terima kasih Ya Allah.


Aku tag: Kak yam and Kak Naza :)

***Kenangan.

5 comments

insan_marhaen July 21, 2012 at 11:06 AM

Salam ramadhan DiLLaiLa ... Selamat berpuasa di perantauan.... itu juga satu kenangan yang indah, mungkin...

terima kasih sudi join..

Ira July 22, 2012 at 11:31 PM

sedihnya dilla.. rupanya semangat aku ni tak seberapa utk bf anak jika nk dibandingkan dgn org lain. Hebat sungguh dugaan yg ko hadapi dlm usaha bf anak. Alhamdulillah..dpt jg ko bf sufia.. :)

insan_marhaen July 24, 2012 at 9:01 PM

jom baca nostalgia kengkawan yang lain, sementara menanti keputusan pemenang di link
http://ummuainries.blogspot.com/2012/07/senarai-peserta-segmen-nostalgia.html

Emas Putih July 25, 2012 at 2:53 AM

http://kisahemasputih90.blogspot.com/2012/07/segmen-nostalgia-ramadhan.html

Salam Ramadhan.. terjah sini.. follow sini jugak :)

DiLLaiLa July 25, 2012 at 1:08 PM

time kasih emas putih, saya follow balik :)