Laksa Johor

As a Johorean, mmg tak pelik kalau aku minat giler dengan laksa johor. tapi yang peliknye, aku umur dah banyak baru rase laksa johor ni..ekekkee...dulu ibuku mmg xpenah masak laksa(hihihi biasala kan mak2 masak ape yang die minat nak masak je lah) same gak cam aku sekarang..hehe..

recently mmg pantang kalau dengar kawan2 buat laksa johor, suke je aku ngan ngendeng..keh3..nak buat sendiri malas+xreti pulak tu..ermm tapi akhirnya aku dikurniakan kekuatan untuk masak juge laksa ni...hati ni rase meronta2 nak masak..maka siang tadi terhasillah laksa johor ni..maybe xsehebat yang org lain buat, tapi cukup hebat ditekak ince' aren ku..heee ok la tu kan..resepi asal oleh freeda_3210 kat myresepi, tq ek freeda..tapi dah ku olah mane yang patut supaye sonang next time tak yah nak byk2 sangat menyukat. resepi ni dah aku kurangkan kepada half, sebab resepi asal byk sangat kot.. yang nak makan kami 2+1 org je..yang kenit tu pon blom tentu nak makan..

hehe aku pon guna spageti, sebab dah biasa sangat guna spageti and andai kata balik msia nanti xtau lah aku akan carik laksa yang putih tu ke tidak ;p
 
Laksa Johor


Bahan-bahan:
  • 1/2 paket sphagetti (direbus)
  • --------------------------------------------------------------- 
  • **Bahan A - (direbus dan dimesin - asingkan)
  • 500g isi ikan(aku guna tuna cutlet je), biasa orang guna ikan kembung/kurau
  • udang basah buang kulit - 2 ekor
  • segenggam kecik udang kering
  • ---------------------------------------------------------------
  • **Bahan B (dimesin)
  • bawang besar - 1 1/2 biji
  • cili kering - 8 tangkai(ikut suka pedas yang mau)
  • halia - 1 inci
  • lengkuas -1 inci
  • kunyit hidup - 1 inci
  • bawang putih -3 ulas 
  • --------------------------------------------------------------- 
  • serai -1 batang diketuk
  • asam keping - 1 keping
  • santan pekat 1/2 tin++
  • 1/4 - 1/2 paket kerisik
  • 1 1/2 sb rempah kari
  • --------------------------------------------------------------- 
  • **Accecories**
  • limau kasturi/lemon
  • timun di racik halus(buang dulu isi yang lembik tu)
  • tauge
  • bawang besar hiris halus
  • lada merah/lada hijau dihiris
  • Daun kesum(hiris halus)
  • daun selasih (hiris halus) aku xbubuh pon
  • sedikit bunga kantan diracik halus(aku x bubuh pon)
  • sambal belacan(aku malas nak buat hehe)
 Cara-cara: 
  1. Panaskan minyak dan tumis serai sekejap kemudian tumis bahan B 
  2. Bila dah naik bau, masukkan serbuk kari(bancuh dengan air sket)
  3. Bila dah kering sedikit dan pecah minyak, masukkan Bahan A, kerisik dan semangkuk air.
  4. Perasakan dengan garam and gula-jgn byk2 sangat, nanti adjust lg.
  5. Masak dgn api perlahan sampai kuah pekat- lbey kurang sejam++, lagi lama masak lg bagus katanye- tahan lama.
  6. Bila dah pekat adjust lagi garam and gula.


*** sedap beb resepi ni..thumbs up!;)

3 comments

Nazariah July 9, 2012 at 8:53 AM

Setakat ni, mmg laksa Johor paling sedap..(puji bukan sbb org Johor). Laksa lain yg x pakai santan tu cair dan hanyir ikan tu rasa..xbestlah dh byk kali mkn..uhuu..

Ira July 9, 2012 at 2:34 PM

boley la try ni.. hehe..

DiLLaiLa July 9, 2012 at 3:14 PM

kak naza: laksam kelantan pon saye suke kak..tu pon letak santan juge..cume nak buat mi die tu kena kukus2 la pulak.jenuh rase..hihi

zira: hihi cube jgn xcube;)